Bukan Mudah Menjadi Seorang Penulis.

assalammualaikum & hi~ 



Menulis memang mudah. Tapi nak jadi Penulis tu yang susah. Macam blogger jugak kan, nampak entri kita macam biasa - biasa je tapi sebenarnya bukan mudah nak kerah kepala otak ni nak menaip untuk satu entri. Kalau aku, satu entri tu mau jugak berjam. Kalau hari rabu macam ni lagi best, tempek gambar je dah. Jadilah WW. Senang. 



Tapi entri kali ni aku nak cerita tentang pengalaman baru aku yang sedang mencuba nasib sebagai Penulis Novel. Ehem. Kiranya seorang blogger ke novelist lah ni. Haha. Bajet T_T



Cuba pandang kat sidebar sebelah kiri tu. Ada kan e - novel Cahaya Qaseh? So, aku ni pun ada hantar dekat penulisan.2u novel tu dan alhamdulillah buat masa ni feedback amat memuaskan.  Semalam ada keluar chapter 27 dengan 28.





klik untuk tumbesaran!


Tapi macam biasa, setiap penulisan kita akan dinilai oleh pembaca. Macam kat blogger jugak, yang selalu diserang dengan 'anon' kan? Tapi dalam kes aku ni, takdelah kene serang dengan kata - kata yang pedas. Alhamdullillah. Cuma dorang bagi pandangan dan teguran yang membina.






Sape yang ikut perkembangan Cahaya Qaseh pasti tahu kut jalan cerita novel ni memang penuh dengan dugaan yang terpaksa dilalui oleh gadis bernama 'Cahaya Qaseh'. Tapi pembaca kat atas ni cakap dia dah letih baca sebab banyak sangat dugaan. Aku pun tak tau kenapa aku suka sangat buat citer yang macam ni. Adoi! Buat yang letih baca tu, maaf sangat - sangat ye :')







Yang ni pulak memang aku akui salah aku kut. Sebab aku tak buat research dulu pasal benda ni. Korang nampak tak perkataan 'anu' tu? Kenapa perkataan tu boleh keluar? Kene lah baca, baru tahu. Haha. Tapi dalam novel takdelah perkataan macam ni. Buat si pengomen, thanks awak sebab tegur kesilapan saya ni..






Ops, yang ni pulak pengomen yang bersetuju dengan pengomen di atas tu. Nampak tak dihujung ayat tu pasal soalan dah kahwin ke belum? Ehem, saya tak kahwin lagi lah awak sebab tu salah fakta di tulis dalam novel tu :(  



Dan kat sini aku sedar, JANGAN TULIS APA YANG KITA TIDAK TAHU TAPI TULIS APA YANG KITA TAHU. Bila kita tulis yang kita tak tahu, jadilah macam kes aku tu. Hurmm.




Ni pun satu lagi kelemahan aku iaitu kurang rasional dalam menulis. Kadang - kadang bagus jugak dorang ni tegur sebab baru aku sedar mistake yang aku buat. Buat pengomen kat atas, terima kasih atas teguran. Lepas ni saya akan berhati - hati lagi dalam menulis :)



TAPI kan, dalam teguran yang membina ada jugak kata - kata semangat yang aku dapat. Bagi aku teguran dan kata - kata semangat ni boleh mendorong untuk aku terus menulis.





Bila baca komen - komen macam ni, aku kadang - kadang senyum sendiri. Sebab dorang banyak bagi feedback tentang apa yang berlaku seterusnya. Tapi maaflah, sebab novel ni dah pun hampir siap. Nak tukar ikut selera korang agak payah sikit. Apa - apa pun terima kasih awak ^^






Kat atas ni lak komen semalam. Alahamdulillah, ada jugak yang boleh terima penulisan aku. Terharu :') 


 
Buat kekawan kat sini pulak, walaupun korang tak baca novel tu tapi sokongan korang amatlah diperlukan. Doakan aku dapat siapkan manuskrip ni cepat - cepat ye. Sebab aku nak hantar manuskrip ni untuk dinilai hujung bulan ni. Korang doakan jugak agar novel aku yang tak seberapa ni dapat diterbitkan :') 



p/s - Maaf tau kalau aku tak blogwalking. Sebab aku betul - betul busy. 



Comments

Hudalatip said…
good job..saya minat menulis novel jugak, tapi setakat ni cuma buat cerpen je..boleh la dari takde, hehe. betul kata u, nak buat novel ni bukan senang, lagi satu better tulis benda kita tau, tapi dont worry la..
kathy said…
@Huda kan??? kene tulis apa yg kita tahu..
Namee Roslan said…
wah, beriya diorg critic. tp itu yg mematangkan penulisan sbnrnya. kdg2 even u bagus pun, tentu ada kritikan juga. so dun worry ok kathy. :) ure doing a good job.
kathy said…
@Namee Roslan tu la pasal..kdg2 apa yg dorang ckp tu mmg ada betul nya..btw, thanks namee :')
NurulAthirah said…
xpe le...anggp je kritikan dorg 2 sbg m'bina...ilmu gak 2...by the way,bkn snang nk jd pnulis kn...but u did it very well dear...congrate!
kathy said…
@NurulAthirah tau xpe, mmg kene anggap kritikan dorg sebagai kritikan membina.. apa2 pun thanks :')
emarieys said…
kritikan diberi untuk perbaiki bukan untuk disindir...
kathy said…
@MamaEma tu la..kalau xde pengkritik kita x tau takat mana tahap penulisan kita..
kurus said…
dulu masa sek pernah cuba2 tulis novel .. skrg dah x minat .. membaca novel punn x minat dah dik huhuh

mgkin sbb akak x cukup masa kuut uhuh
kathy said…
@ieda kdg2 kekangan masa mmg menyekat minat kita kan kak? sy ni keje2 biasa je..tu yg dapat menyempat tulis2 mcm ni :)
Unknown said…
my friends keep it up...i know u can do the best ever...and of course i love all ur writing even it's worst!!! with luv ur sister Effa Arabi
EyanaNoorAzlan said…
tahniah~~ bkn senang nk jadi seorg penulis..mek nk nulis nota pun kdg2 mlm pa gik novel..huhu..

salam ziarah, mek join ctok k =)
kathy said…
@Effa Arabi haha..thanks dayang.. ktk pun tauk nak dr dolok lagik kmk nang suka bab2 menulis mcm tok..
ejulz said…
ada pegi kls tuan zamri ka ktk?
cikpuanhady said…
waaa..suka menulis novel ek? bagus2, keep it up..
iKhRam said…
amboi.. pengomen2 pun.. berfikir real betul..
relax la, namapun cerita..
cam dlm drama la.. bukan logik pun.. tp orang layan jugak..

teringat tentang dhia malam tadi.. sakit tol jntung tgok telatahh mak mentua dia.. tp apa boleh buat.. pengarah dah suruh.. kita ikutkan je la.. kalau nak ikutkan mana la logik kan??
RinsyaRyc said…
Bhahahaha.... x leh blah langsong pasal 'anu' tuh . rasa nak gelak golek2 sbb hal 'anu' yg jadi bhn perbincngn.. bukan jln cerita.
ye la org yg x pernah makan mana la tau .. rin baca tpi x sedar pun pasal yg pengomen beritau .. harrharr.. rin follow jeh jln cerita sbb ingat benda tu betul. nanti kita try makan pil 2 sama-2 .. *=.="


akak pun cam rin gak lerr... blogger, rin ade satu lagi blog untk blogger, n yg rinsyaryc tuh blogvel <~~blognovel..

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.