Benci Bernoktahkan Cinta. (Cerpen - Part 4)

~sebelum ke part 4, baca part 1 kat SINI, part 2 kat SINI & part 3 kat SINI~

Lia, kenapa kau dengan Aiman tak nak berdamai je?” tanya Ida sewaktu kami berdua berbaring di atas katil sementara menunggu solat Isyak.

“Berdamai? Never!”

“Dah masuk tiga bulan kau orang perang dingin, tak kan kau nak selama – lamanya macam ni?”

“Biar jelah Ida,”jawabku selamba. Entah kenapa perasaan marahku pada Aiman masih belum surut – surut lagi. Perselisihan antara kami berdua sudah menjadi buah mulut pelajar di kolej ini.

“Tapi kenapa semua orang kat kolej ni sibuk sangat aku tak ngam dengan Aiman tu?” tanyaku sambil memusingkan badan menghadap Ida.

“Itulah kau, hidup dalam dunia kau sendiri je. Yang kau tahu pergi kelas, makan kat café, lepak kat library and sometime ikut aku kat stadium. Cubalah kau ikut sikit perkembangan semasa yang berlaku kat kolej ni,” hujah Ida panjang lebar.

“Eh, aku tak minta pun kau cerita rutin harian aku okay!”

Ida mengeluh.

“Aiman tu anak Dato’ Aziz dan dia jugak jejaka pilihan Malaya pada abad ini. Ramai pelajar perempuan tergila – gilakan dia.”

“Hensem sangat ke dia tu?” soalku bodoh.

“Bagi kau dia tak hensem sebab kehenseman dia telah ditutup oleh perasaan benci kau terhadap dia,” ujar Ida lalu bangkit menuju ke bilik air apabila mendengar azan berkumandang.

Sampai macam tu sekali ke? Aku bermonolog sendiri.

~bersambung~



Comments

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.