Posts

Showing posts with the label SEKADAR BERKONGSI CERITA

Tagal, Sg.Moroli (Tempat Menarik Di Ranau, Sabah)

Image
di ranau, sungai moroli ni antara yang jadi tumpuan. antara tempat yang harus dilawati bila dah sampai ke sini. 'tagal' ni kalau tak silap maksudnya tak boleh menangkap ikan dan sebarang kehidupan yang ada dalam sungai. kiranya tagal ni merupakan satu sistem untuk melindungi kehidupan dalam air.  tempat ikan ni memang pilihan encik suami. dia suka kalau ada benda2 macam ni. oh ya, masuk sini kena bayaran RM5 seorang kalau tak silap. camera pun bayar. pastu ada jual keropok ikan. bayar RM5 tu untuk basah2kan kaki je tau. kalau nak basahkan seluruh badan atau lebih tepat mandi, kena bayar dalam RM10 macam tu. lepas tu dia ada masa2 dia je. tak boleh kau duduk lama2 kat situ. tu masa aku pegilah. yalah sebab time tu, cuti sekolah (bulan 6 tahun 2014), beratur je orang tunggu turn nak masuk.  aku suruh encik suami dulu try. dia cakap geliiiii~ hahaha aku yang tak masuk dalam air tu je dah rasa geli dia macam mana. ada tak ikan yang kaler hitam dan besar t...

Desa Cattle (Tempat Menarik Di Kundasang, Sabah)

Image
masa stay di Kiram Village , setiap kali nak turun ke pekan kundasang, pasti akan lalu Desa Cattle ni. kalau view cantik, puncak gunung kinabalu nampak, pasti aku dengan encik suami singgah sekejap. tak masuk. tapi tengok dari luar je. demi tuhan, lukisan alam yang Allah bentangkan depan mata terlalu mengasyikkan..  salah satu pemandangan yang kami lihat. kalau tengok real, subhannallah.. sangat2 cantik :') ni dari luar pagar Desa Cattle. plan nak masuk sini petang2. nak tengok orang perah susu lembu.  masuk Desa Cattle ni kalau tak silap bayar RM4 (tahun 2014) untuk orang dewasa. kanak2 RM3. tempat nilah yang paling aku excited nak ajak encik suami masuk. walaupun aku pernah dua kali ke sini dan kali ini yang ketiga, tapi aku sangat2 teruja nak masuk sini lagi dan lagi. sinilah view yang paling cantik di kundasang--bagi akulah :) pergi masa cuti sekolah, haruslah ramai gilaaa orang~ masa ni awan dah berarak mendung. laju2 ajak encik sua...

Penginapan di Ranau, Sabah.

Image
entry honeymoon katanya. tapi tahun lepas punya baru nak cerita tahun ni. dah nak first anniversary kut -.-' but sokayyy, kita updated pelan2. 4 hari 3 malam kut kat sabah. mahu tak banyak entry nak dimasukkan. mohon diri ini tabah dalam menaikkan entri baru walaupun cerita lama. heh!  untuk makluman sekali lagi. honeymoon kami ni bukanlah honeymoon yang betul2 honeymoon siap hotel lima bintang--bunga bertaburan atas tilam mahupun ada candle light dinner bagai. tak. check in pun hotel bajet. walk in aje pun. tapi dah nama pun honeymoon, hotel bajet rasa macam di syurga kahkahkah kalau malam pertama kita orang stay di Kundasang, malam kedua pula kita orang stay di Ranau. sebelum merayau, kita orang cari dulu hotel. jumpa Sabah Baru View Lodge ni. alhamdulillah. hotelnya bersih dan selesa.  semalam tak sampai seratus ringgit kut. lupa. dah nak setahun kan? hehe. tapi memang murahlah. pagi2 lepak kat beranda. bancu...

Cerita Raya Di Pagi Raya (2014)

Image
 Assalammualaikum~ Raya tahun ni special sikit. Yalah, raya sebagai isteri orang. Tapi sebenarnya sama je. Kalau pergi rumah orang dapat duit raya ke, dapat tajaan bulan madu ke 'landen' ke, okey jugakkan? Amboi demand! ;D Kalau tahun lepas soalan cepu emas bertakhta perak yang paling popular adalah,  "bila nak kahwin ni?" soalnya dengan nada macam nak makan penampar. TAPI, tahun ini soalan agak advanced sikit. Ia berbunyi begini;  "dah ada isi ke?" ajunya sambil pandang perut buncetku T_T Leklu. Aku baru dua bulan kawen kut? Inai di jari masih ada lagi ni. Kang aku ekspress sangat bagi anak kang ada pulak yang bukak channel atsrokk bawah tanah. Heh!  Tapi tak apalah~ moga - moga pertanyaan itu menjadi satu doa. Aku memang nak dapat anak secepat yang mungkin. Encik suami pun sama. Ehem~ Okey2. Bukak topik lain--baiklah. Kita tengok gambar sepanjang pagi raya.  Seperti tahun - tahun sudah, permulaan pagi dimulakan dengan ...

Ladang Teh Sabah (Antara Tempat Menarik Di Sabah)

Image
assalammualaikum..  11/6/2014 (rabu) - 14/6/2014 (sabtu) yang lalu2 *banyak lalunya sebab dah lamakan T_T* aku dengan encik suami ke kota kinabalu (kk). honeymoon katanya. tapi sebenarnya lebih kepada jalan - jalan. yelah, kalau honeymoon kenalah masa berdua lebih dalam bilik kan? tettt~ tapi kami tak. berjalan aje kejanya ;) dan entri di kk ni (kk, kundasang & ranau) aku tak letak ikut hari pertama, kedua ke apa, tapi aku ikut tempat yang kami pergi. bukan apa, kalau aku buat part 1, part 2, silap hari bulan akan ada part 1 je -.-' kami sampai airport kk sebelum pukul 8 pagi lagi. flight pukul 6 lebih sikit. sampai aje kete sewa, terus ke kundasang. walaupun aku masuk ni dah 3 kali pergi, tapi aku tetap tak ingat jalan. nasib baik encik suami bawak gps. senang keja *senyum*. memandangkan tak breakfast, kami singgah makan nasik ayam dulu. aku ni memang sentiasa lapar nasik T_T dekat mana? kat sabahlah. *padahal aku tak ingat nama tempat tu* tempat makan tu sebelu...