Tagal, Sg.Moroli (Tempat Menarik Di Ranau, Sabah)


di ranau, sungai moroli ni antara yang jadi tumpuan. antara tempat yang harus dilawati bila dah sampai ke sini. 'tagal' ni kalau tak silap maksudnya tak boleh menangkap ikan dan sebarang kehidupan yang ada dalam sungai. kiranya tagal ni merupakan satu sistem untuk melindungi kehidupan dalam air. 






tempat ikan ni memang pilihan encik suami. dia suka kalau ada benda2 macam ni. oh ya, masuk sini kena bayaran RM5 seorang kalau tak silap. camera pun bayar. pastu ada jual keropok ikan. bayar RM5 tu untuk basah2kan kaki je tau. kalau nak basahkan seluruh badan atau lebih tepat mandi, kena bayar dalam RM10 macam tu. lepas tu dia ada masa2 dia je. tak boleh kau duduk lama2 kat situ. tu masa aku pegilah. yalah sebab time tu, cuti sekolah (bulan 6 tahun 2014), beratur je orang tunggu turn nak masuk. 






aku suruh encik suami dulu try. dia cakap geliiiii~ hahaha aku yang tak masuk dalam air tu je dah rasa geli dia macam mana. ada tak ikan yang kaler hitam dan besar tu? ikan tu tak geli sangat, tapi yang macam kaler kuning2 sikit tu mak aii~ dahlah geli, terasa je gigi dia tau T_T






banyak gila ikan kelah (kalau tak silap ikan kelah nama dia) kat sini! dari yang kecik sampai yang besar. berebut2 ikan2 ni nak 'massage' kaki2 pengunjung yang datang ;p






aku kejap2 je masuk dalam air. lepas tu naik ke tebing. eee..geli! tersondol2 kat kaki kita macam tak pernah jumpa kaki je. aku bagi kakiiiii kang baru tau hahaha~ tapi dalam geli2 sempat lagi cakap dengan encik suami, nanti kita datang sini lagi ye *sambil senyum2* 







sebenarnya kita orang siap bawak baju spare. ingatkan macam tempat lain yang boleh lepak2. mandi2. kalau setakat mandi sekejap je, macam alang2 je nak mandi. kat sini ada jambatan gantung jugak tapi tak naik. 


pada yang nak ke kundasang tu, turunlah ke ranau. lepas tu singgah sini. kalau ada anak2 lagi best tau :) mesti dorang seronok. paling tak pun dorang takut ;D 




p/s : kadang2 tak perlulah kita nak samakan diri kita dengan orang lain. sebab rezeki kita tak sama.





Comments

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Midin VS Pucuk Paku.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???