Desa Cattle (Tempat Menarik Di Kundasang, Sabah)
masa stay di Kiram Village, setiap kali nak turun ke pekan kundasang, pasti akan lalu Desa Cattle ni. kalau view cantik, puncak gunung kinabalu nampak, pasti aku dengan encik suami singgah sekejap. tak masuk. tapi tengok dari luar je. demi tuhan, lukisan alam yang Allah bentangkan depan mata terlalu mengasyikkan..
salah satu pemandangan yang kami lihat. kalau tengok real, subhannallah.. sangat2 cantik :') ni dari luar pagar Desa Cattle. plan nak masuk sini petang2. nak tengok orang perah susu lembu.
masuk Desa Cattle ni kalau tak silap bayar RM4 (tahun 2014) untuk orang dewasa. kanak2 RM3. tempat nilah yang paling aku excited nak ajak encik suami masuk. walaupun aku pernah dua kali ke sini dan kali ini yang ketiga, tapi aku sangat2 teruja nak masuk sini lagi dan lagi. sinilah view yang paling cantik di kundasang--bagi akulah :)
pergi masa cuti sekolah, haruslah ramai gilaaa orang~ masa ni awan dah berarak mendung. laju2 ajak encik suami masuk dalam. takut hujan.
masuk2 jenguk lembu yang pulang ke sarang. ikut turn perah susu. masa ni tak hujan lagi. tapi rasa sejuk dah mula terasa.
tak lama lepas tu, mencurah hujan turun diselangi dengan deruan angin pergunungan. nasib baik hujan tak lama. ada dalam setengah jam kut.
sementara tunggu hujan berhenti, encik suami belikan makanan dan susu segar. tapi yang ori je ada. coklat tak ada. frust sangat sebab aku suka yang coklat tu :( tapi, ada tapi lagi--tak lama lepas tu yeyyyy susu coklat yang baru siap diproses dijual pada pelanggan. haruslah senyum panjang waktu hehe~
lepas makan. minum. kita orang pun keluar. aku tak tahulah orang lain, tapi aku paling suka view lepas hujan. bak kata encik suami, semuanya nampak freshhhh je. sejuknya tak payah cakaplah..
singgah bagi kambing makan kejap. beli rumput tu singgit. dulu takde part bagi makan macam ni. sekarang macam2 dah ditambah ikut kesesuaian. cuma aku harap janganlah sampai menghilangkan suasana nyaman yang ada di situ. macam cameron highland, sana sini bukit dan hutannya botak. hurm.
view lepas hujan. sangat2 cantik! siapa yang berhajat nak ke tanah tinggi tu, silalah ke kundasang. insyaAllah korang takkan menyesal..
tengok lembu2 ni. permandangan yang indah macam ni. rasa di negeri omputeh aje. padahal dalam Malaysia weyyy! encik suami siap cakap lagi, kita kene pergi lagi sini. plannya 8/6/2015 ni. sempena anniversary tapi kene hold dulu ke tahun depan, mungkin. tahun ni kita jalan2 yang dekat2 dulu :)
p/s : eh, fahrin ahmad kahwinlah hari ni *tetiba masuk fahrin ahmad kehkehkeh* tapi walaupun dia dah kahwin, aku tetap minat dia. macam aku minat shahrukh khan yang dah makin tua tu ;D*
Comments