Posts

Showing posts from November, 2013

Donate with you Nuffnang earnings

Image
Assalammualaikum. Baru - baru ni kita tahu Taufan Haiyan telah meragut lebih 10,000 nyawa, di bandar-bandar wilayah Tacloban, ibu negara Pulau Leyte, di tengah Filipina dan Pulau Samar. Taufan ini juga dikatakan taufan paling kuat di dunia pada tahun ini. (Sumber daripada SINI ) Aku ~ kalau berkaitan dengan bencana alam macam ni, memang aku takut sangat. Bila tengok mangsa - mangsa, aku kesian. Tak kisahlah negara mana sekalipun yang kena, rasa tu tetap ada. Selalunya donation akan dibuat. Tapi aku ni kalau tengok nombor akaun untuk mangsa - mangsa bencana atau apa aje, yang boleh kita salurkan bantuan, serius aku tak pernah lagi buat. *mengaku, okay!* Tapi kali ini hati aku tergerak nak buat donation *hoii! baru derma soploh hengget kau dah kecoh! puiii~* tak kisah nak cakap apa. Cuma aku nak kongsi aje pun. Mana tahu ada yang terlepas pandang ke. Tak tahu ke. Kan? Ingat. Ikhlas seseorang tu subjektif. Allah je boleh nilai. Aku rasa ramai yang perasan dengan be

Menginap Di Venus Boutique Hotel, Melaka.

Image
Assalammualaikum.. psstt! entri ini banyak dengan gambar dan panjang berjela ;p Internet agak lembabbbbbb seminggu dua ni. Nak kata aku tak bayar bil, aku dah bayar. Mungkin dorang tengah upgrade sistem kut. Aku ulang. Kut~ *nak sedapkan hati* Berdasarkan tajuk entri, (kemain lagi, ayat~ berdasarkan tu. kehkekeh) pada 8/11/2013 bersamaan hari jumaat, aku telah ke Melaka. Kalau sebelum ni aku pernah pergi dengan family, kawan aku yang lain dan seorang diri -.-' tapi kali ini aku pergi dengan sorang lagi kawan aku, Effa Arabi *pergilah follow dia, ok? promote kejap ;D Sampai Melaka tunggu Effa kejap dekat Melaka Central (MC) sebelum kami berdua walk - in cari hotel. Aku memang dah cakap awal dekat Effa yang aku nak hotel area Banda Hilir. Sebelum ni pernah Menginap di Dreamz Hotel, tapi kali ni menginap di hotel sebelah Dreamz Hotel tu je. Hotel apa? Hotel kat bawa nilah ;p  Oh ye. Aku gerak dari Ipoh dengan Encik Dia dan adik Encik Dia. Dia

Resepi Spaghetti Bolognese

Image
Assalammualaikum. Hari ni nak share resepi spaghetti bolognese. Bagi aku nak buat spaghetti ni takdelah susah mana. Bahan - bahan dia pun senang aje. Aku ni kadang - kadang kalau dah malas, aku guna sos spaghetti yang ready made tu. Senang. Tak payah nak renyah sangat ;D Tapi hari ni kita buat versi renyah sikit. Sikit je. Tak banyak pun~ Bahan - bahan : Spaghetti  Daging kisar  Bawang putih di cincang halus Tomato dipotong dadu Cendawan shitake segar dihiris kasar (guna cendawan dalam tin pun boleh)  Sedikit sos tomato Sedikit cili kisar (kalau nak pedas letaklah lebih) 1/2 peket instant soup (tak kisah brand campbell's or vono) Minyak  Parutan keju  Cara Membuatnya : Celur spaghetti. Letak minyak sikit untuk elak spagehetti melekat. Celur tu jangan terlalu lama. Dah siap celur, toskan. Untuk sosnya pula : Panaskan minyak. Tumis bawang putih sampai kekuningan. Masukkan cili kisar. Gaul seketika.  Masukkan daging ki

Resepi Cheesekut

Image
Assalammualaikum.. Hari ke-6 bulan November baru terhegeh - hegeh nak updated blog. Entri Terakhir hari kemain lagi kena rajin berblog bulan ni sebab BE tengah running tapi hampeh! Dekat seminggu jugak baru nak menaip kat sini. Haih~ Tapi tak apalah. Benda lepas jangan lagi dikenang. Amboi ;p Hahaha. Okey. Okey. Entri pertama di bulan sebelas adalah resepi Cheesekut! Baru - baru ni aku terbuat cheesekut gara - gara tengok Novelist Ara Sharrina post pasal makanan ni dekat Fb. Tapi dia buat ada letak buah then guna whipping cream. Memandangkan kat dalam rumah ni bahan - bahan terhad, aku godeklah Google cari resepi Cheesekut ni dan terjumpalah resepinya di SINI :) Cuma aku ada adjust sikitlah ikut selera aku. Hihi.  Tak cantik tak apa. Janji hati baik. Eh. Janji sedappp! Resepi Cheesekut Biskut Deluxe Crackers (Original) Fresh Milk (5 sudu makan) Susu pekat manis (Aku guna suku je susu daripada 1 tin susu tu. Kalau nak manis letak lebih la