Posts

Showing posts from August, 2011

Selamat Hari Raya & Selamat Hari Merdeka!

assalammualaikum & hi~  wah, lama kemain aku tak upated. last entri hari jumaat lepas. *ceh, lama sangatlah tu kan? teehee* biasalah kan orang pempuan bila nak raya kemain bizi lagi. tapi aku bukannya bizi sangat pun -.-' sebab mak dah siap buat kek. cuma aku nak kemas - kemas rumah je. walaupun rumah kecik je tapi leh tahan gak nak mengemas.  okaylah, dalam kita bizi beraya ni, kita jangan lupa esok 31hb ogos. hari kemerdekaan negara kita. jadi sama - samalah kita pupuk semangat kecintaan pada negara walaupun sibuk beraya ^_^V p/s - setiap kali raya pertama mesti ramai kenalan cina, bidayuh or iban datang beraya kat rumah :')

Dari Miri Ke Sibu Sebelum Ke Kuching,

assalammualaikum & hi~  dalam pukul 1 tadi aku dengan family abang aku gerak untuk balik kampung. dari miri nak ke kuching. kalau straight miri - kuching mau nye sampai 12jam drive -.-' selalunye kita orang direct je tapi memandangkan time ni bulan puasa jadi malam ni kita orang stay kat sibu dulu. sampai - sampai je tadi terus berbuka. ambik senang abang aku tapau nasi beriani kambing je. esok tak tau lagi nak sahur pe.kat HR Hotel ni memang ada promotion tuk sahur, tapi mahal kemain. tak berbaloi rasanya. tapi bilik dia selesa (^_^)  esok nak gerak ke kuching lak. maybe ambik masa dalam 6 jam kut bau sampai. korang doa - doakanlah kita orang selamat sampai ye. okaylah, selamat malam~!  p/s - jasad je kat sini tapi hati dah kat kuching -.-'

Wordless Wednesday # 9

Image

Benci Bernoktahkan Cinta. (Cerpen - Final)

baca dulu part 1 kat SINI , part 2 kat SINI , part 3 kat SINI & part 4 kat SINI & part 5 kat SINI   & part 6 kat SINI  & part 7 kat SINI. Petang itu,aku nekad untuk bertemu dengan Aiman setelah mendapat nasihat daripada Ida. Aku juga ingin tahu apa tujuan sebenarnya Aiman berbuat sedemikian. Tidak sampai sepuluh minit aku duduk di salah sebuah kerusi di stadium mini itu tiba – tiba Aiman melabuhkan punggungnya disebelahku. Petang itu dia hanya memakai jeans dan t-shirt putih. Cermin mata hitam yang digayakan membuatkan Aiman kelihatan agak tampan. Ops! Aku memuji musuh ketat aku sendiri?? Pelik dah ni! Huh!  “Awak mesti terkejut apabila dapat tahu musuh ketat awak sebenarnya orang yang admire dengan awak selama ni,” Aiman memulakan bicara. Aku hanya memandang padang stadium yang kosong itu. Ida ada mengatakan latihan mereka dihentikan seketika kerana pelajar hendak menduduki final exam tidak lama lagi.  “ Frankly speaking , saya terkejut dengan apa yang ber

Benci Bernoktahkan Cinta. (Cerpen - Part 7)

baca dulu part 1 kat SINI , part 2 kat SINI , part 3 kat SINI & part 4 kat SINI & part 5 kat SINI   & part 6 kat SINI. “ Kau ni tuang kelas ke? Tak pernah – pernah kau tuang kelas tapi hari ni..”   “Ida, kau ada jumpa Kaira tak tadi?” aku memintas kata – kata Ida. Ida mengerutkan dahinya seolah – olah mengingatkan sesuatu.  “Tadi aku nampak dia sembang dengan Suzana, budak junior yang kena buli dulu. Tapi kenapa kau tanya pasal dia?” Mendengar pertanyaan Ida membuatkan aku mengeluarkan hadiah yang diberi oleh Aiman sebentar tadi.  “Macam hadiah yang kau dapat masa birthday kau last year dengan hadiah masa valentine day . Kaira tak bagi tahu lagi ke sapa yang menjadi secret admire kau selama ni?Lagipun Kaira kan yang jadi wakil peminat kau tu untuk serahkan hadiah pada kau selama ni?” sekali lagi Ida bertanya. Aku tidak segera menjawab sebaliknya aku mengeluarkan empat kotak hadiah yang berbalut dengan keratan majalah yang masih belum dibuka dari almari kecilku.

Nak Ulas Status ZackZukhairi.

Image
assalammualaikum & hi~    Aku tertarik dengan post dekat fanpage si ZackZukhairi. Siapa Zack? Kalau korang tak kenal, nampak sangat korang tak explore sepenuhnya dunia berblog ni. Eceh! Bukan apa, blog dia sempoi je. Aku suka baca sebab kadang – kadang boleh buat aku gelak sorang – sorang. Dah macam orang tak betul je -.-' Okay, tapi ni bukan nak review blog dia ke apa. Tapi aku nak ulas pasal status dia minggu lepas macam kat gambar bawah ni.         ~klik untuk tumbesaran yang lebih sihat & kuat~ Bila aku nampak je status dia tu terus aku komen. Yelah, asyik nak salahkan kelapa je. Macamlah tupai tu tak salah! Aku ni kalau berkaitan dengan hal ehwal pempuan mesti nak emo sikit. Sikit je ye. Sebab aku pun bukannya perfect sangat. teehee. Tapi jangan salah faham pulak, aku bukan nak salahkan zack sebab status dia pasal benda ni. dia pun ambik dari drama kat tv. Aku cuma nak ulas dialog dalam drama tu. wah! Macam bagus sangat dah aku ni ye, nak ulas – ulas dra