Posts

Showing posts from June, 2012

Resepi Begedil Simple.

Image
Assalammualaikum...  Aku rasa sebelum ni aku penah letak entri pasal begedil. Tapi malas pulak nak carik. Jadi memandangkan petang ni aku baru je lepas buat begedi, dan tahap kerajinan aku pun tinggi jadi aku letaklah balik resepi yang aku dah save rapi - rapi dalam kepala otak. Kononnya tak pelu nak tengok resepi lagilah kalau nak buat sebab dah ingat sume. Ehem ;p  Mula - mula, kau kupas 3 biji kentang. Aku guna kentang yang jenis besar tu. Jadi dalam 3 biji dah cukup. Kalau kau guna kentang yang kecik tu aku rasa dalam 5-6 biji cukup kut.Dah tu kau rebus kentang ni sampai empuk. Aku tau. Kalau kau nak guna kaedah 'goreng kentang' tu pun okey jugak. Tapi sejak pertama kali buat aku memang rebus je kentang ni. Masak/empuk je kentang tu kau terus toskan dia. Biar dalam 5-10 minit. Bagi air kat kentang tu keluar. Lepas tu lenyek sampai penyek! Okey? Sambil kau tunggu kentang tu empuk, kau cincang daun sup, cili merah besar dan bawang besar. Gambar

Tiket 'Belon'.

Image
Assalammualaikum...  InsyaAllah kalau umur panjang tak lama lagi kita akan berpuasa. Kalau sebut pasal puasa mesti ingat nak raya dan kalau dah raya mesti ingat nak balik kampung! Betul tak?  Aku tak terkecuali. Sejak 2006 aku study kat Melaka sampailah aku kat Perak sekarang ni, boleh dikatakan dalam setahun tu dua tiga kali aku balik Kuching. TERUMATANYA bila time raya! Tak pernah lagi aku beraya kat sini (Semenanjung Malaysia) tapi kalau raya korban atau aidiladha penahlah aku beraya kat sini sebab kat Sarawak raya korban dia tak meriah sangat. Adik - beradik pun tak sume ada.  Jadi, masa Airasia ada buat promotion sempena pertukaran CEO dorang hari tu, aku pun booking tiket siap - siap. Aku ambik 1 way je dulu. Cuti 3 minggu, haruslah balik awal sikit (^^,)V Bila aku cakap kat mak yang aku balik 9/8 mak terus cakap' eloklah tu,bolehlah kau tolong mak buat kek lapis sarawak'. Tak sempat aku mencelah mak dah sambung balik 'kita buat tig

Restoran Tasik Raban Ipoh, Perak.

Image
Assalammualaikum..  Aku selalu je dengar pasal Restoran Tasik Raban ni. Aku ingat hanya ada kat Lenggong je tapi rupa - rupanya ada kat belah Ipoh jugak. Jadi trylah makan yang dekat dengan stadium tu. Baru 2 kali aku pegi sana. Bagi aku yang special kat sana adalah TEMPOYAK dia. Tapi ramai yang suka makan ikan bakar kat situ. Entahlah aku tak penah rasa lagi ikan bakarnya. Kemain banyak ye nasi kau KT! Kata nak diet -.-' tapi macam aku cakap kat entry INI dulu, tempoyak antara menu yang boleh memusnahkan diet aku. Eceh. Alasan. Kehkehkeh~  Masa ni aku makan dengan dak Ehem2. Aku ambik ikan patin masak tempoyak, ulam - ulam + sambal tempoyak dengan sayur pucuk ubi masak lemak. Rasa ikan patin dia okeylah. Nak kata sedap sangat taklah. Ops!  Yang pinggan nampak sipi - sipi tu, pinggan dak Ehem2. Dia ambik ikan masak sambal. Lupa pulak nama ikan tu. Tapi dia cakap kurang sedap. Tapi bagi aku yang paling best kat situ dah tentunya di

Dulu dan Sekarang.

Image
Assalammualaikum..  Dulu aku kurus keding. Sekarang aku dah ‘comel’. Dulu aku tak pandai buat apam polkadot. Sekarang aku dah pandai buat (sambil buat muka berlagak. hehe). Dulu aku budak kecik. Sekarang aku dah dewasa. Dah boleh kawen pun ;p Tapi itulah yang terjadi. Dulu dan sekarang ada bezanya. Kalau dulu kau tak pandai kat sekolah rendah tapi mungkin sekarang kau dah ada degree. Kalau dulu kau tak dapat ‘ayat’ dak Minah si gadis popular kat kampung kau tapi mungkin sekarang dia dah jadi bini kau. Ya. Dulu dan sekarang banyak bezanya.  Macam tu jugak dengan perangai kau, kau, dan aku = KITA. (mana boleh aku sorang je kan? kehkehkeh) Dulu mungkin kita ni jahat. Suka berpeleseran. Suka tipu mak bapak cakap pegi tution tapi kau merayap ke tempat lain. Suka bawak ‘toyol’ masa exam. Suka kutuk cikgu atau lecturer yang tak best. Dan semua serba –serbi yang tak baiklah. TAPI, tahukah anda bahawasanya golongan seperti di atas MUNGKIN sekarang ini,

Novel Saranghaeyo, Arumi!

Image
Assalammualaikum.. Aku ni memang tak berapa minat K - Pop. Popcorn pun aku tak minat ( sebab tu kalau tengok wayang aku takdenya nak beli popcorn segala). Kalau citer Korea pulak aku hanya suka tengok citer Autumn In My Heart dengan Fullhouse. Itu pun sebab aku suka heroin dia berlakon. Tapi aku lupa pulak nama heroin dia -.-' Tapi, semalam. Masa jalan - jalan kat Popular. Aku ternampak novel di bawah ni. Tadaaa! ~ tak yah nak tada - tadalah! Amacam? Comel tahap gaban kan? (sambail angkat kening) Aku ni kalau nak beli novel, aku akan tunggu review daripada kawan - kawan aku yang dah baca dulu. Tak pun tengok komen pembaca - pembaca kat FB. Kat Fb tu macam - macam pages ada berkaitan dengan novel. Kalau dorang cakap certain novel tu best baru aku beli. TAPI..semalam entah macam mana aku BELI novel kat atas ni tanpa buat sebarang penyelidikan terlebih dahulu. Best ke tak best belakang kira! Yang penting aku nak beli novel ni jugak. Seb

Smart Phone = Smart People.

Image
Assalammualaikum.. Samsung Galaxy SIII smart kan? Dah dua tiga kali jugak aku jeling – jeling. Pandang – pandang kat dia. Jeling dengan pandang je. Nak beli kene fikir 23849372 kali. Sebab aku ni kasar. Silap haribulan terburai isi perut usus jantung dia tu nanti *alasan! cakap je kau tak mampu..sobsob..(terus masuk bilik kira duit syiling, kut –kut duit dah sampai 2K) Okey – okeylah. Ni bukan nak citer pasal kat atas tu. Tapi nak citer pasal kurangnya komunikasi antara kita bila wujudnya telefon yang maha canggih ni. Contoh gambar kat bawah ni..  sekadar gambar hiasan..ni aku sengaja suruh anak buah aku posing macam ni ;p Serius. Inilah yang terjadi sekarang ni. Kalau korang pegi makan ke. Jalan ke. Kau perhatikan sekeliling korang. Paling selalu aku nampak kat kedai makanlah. Tak kira kedai mamak ke, kepsi ke, atau mana – mana je. Mesti benda macam ni berlaku. Antara situasi yang penah aku nampak bila sepasang kekasih/suami isteri ni duduk makan

Nasi Arab Di Ipoh, Perak.

Image
Assalammualaikumm.. Masa duduk Seremban dulu, teringin sangat nak makan Nasi Arab Damsyik yang kat Senawang tu (err..kalau tak silaplah).. Tapi asal lalu sana je mesti ramai je orang.. Jadi, aku sampai sekarang tak penah makan nasi arab kat situ :(  Bila di Ipoh ni pulak, aku dikenalkan dengan Nasi Arab di Restaurant Malika Of Saba dekat dengan Greentown tu. Tiga kali dah makan kat sana. Kalau dah makan sampai berkali - kali, kiranya sedaplah kan? Hehe.  Meh aku kenalkan dia punya makanan.   Okey, yang ni Lamb Haneeth. Harga dia RM15. Nasi dia banyak dan lamb dia pun banyak! Boss aku suka sangat makan Lamb Haneeth ni. Yang ni pulak Lamb Kebab. Rasa dia masin sikit berbanding dengan Chicken Kebab. Harga dia RM 14. Ni roti apa tah, aku pun tak tau nama dia. Uhuk~ Tapi kalau order kebab memang dia akan bagi. Gila besar roti ni.  Chicken Kabsa! Nasi Arab Ayamlah konon - kononya. Rasa pun sedap! Harga dia RM10

Trip Ke Miri.

Image
Assalammualaikum...  (pssstt! perhatian! entri ini entri bergambar dan panjang berjela cecah lantai. harap maklum) Pada 31/6 (khamis) yang lepas, tepat pukul 3 pagi. Aku dengan adik beradik aku + dengan family dorang telah bergerak dari Kuching ke Miri. Ye. Aku tahu pukul 3 pagi bukanlah satu tempoh masa yang cool untuk bangun, mandi dan terus masuk kete. Tapi memandangkan perjalanan nak ke Miri tu ambik masa lebih 12 jam, nak tak nak kene gerak jugak.  Macam aku cakap sebelum ni, kita orang konvoi sebanyak 4 buah kete. Kalau korang nak tahu, perjalanan Kuching ke Miri tidaklah seOHSEM macam perjalanan JB ke Perlis. Sebab sini takde highway. Takde jugak R&R yang gila besar macam R&R Tapah tu. Tapi bak kata pepatah Melayu ~ alah bisa, tegal biasa. Sebab aku dah dekat nak sepuluh kali kut aku ulang alik Kuching - Miri - Kuching. Dah penah jugak Kuching - Miri - Sabah - Miri - Kuching. Bayangkan tahap kekebalan para montot kita orang -.-'  (dah setahun