Posts

Showing posts with the label kundasang

Pagi Di Kundasang.

Image
kundasang. sinonim dengan puncak gunung kinabalu. kalau nak datang sini pastikan masanya tepat sebab kadang2 kau takkan bertemu dengan puncak gunung kinabalu yang amat2 cantik! paling cantik pada waktu pagi dan kadang kala waktu petang. gambar atas ni diambil pada awal pagi, hari kedua (tahun lepas punya cerita ye, sekitar june 2014) .kan kita orang stay di kiram village, jadi pagi tu ambik masa jalan2 kat kawasan sekitar. bila berada di kundasang ni mood honeymoon memang naik mendadaklah ;p sebab cuacanya yang dingin mendamaikan :)  masa kat sana, abang aku sentiasa wassap kita orang. bagitau dekat mana view yang cantik2. dia dah banyak kali ke sini, jadi dia agak expert lah berbanding kami berdua~ katanya dekat Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa, ada Mount Kinabalu View. maka gigihlah laki bini ni ke situ. seperti gambar tertera kat atas tu :) nampak tak puncak kinabalu hampir2 diselimuti dek awan? laju2 suruh encik suami posing ;p masa ...

Desa Cattle (Tempat Menarik Di Kundasang, Sabah)

Image
masa stay di Kiram Village , setiap kali nak turun ke pekan kundasang, pasti akan lalu Desa Cattle ni. kalau view cantik, puncak gunung kinabalu nampak, pasti aku dengan encik suami singgah sekejap. tak masuk. tapi tengok dari luar je. demi tuhan, lukisan alam yang Allah bentangkan depan mata terlalu mengasyikkan..  salah satu pemandangan yang kami lihat. kalau tengok real, subhannallah.. sangat2 cantik :') ni dari luar pagar Desa Cattle. plan nak masuk sini petang2. nak tengok orang perah susu lembu.  masuk Desa Cattle ni kalau tak silap bayar RM4 (tahun 2014) untuk orang dewasa. kanak2 RM3. tempat nilah yang paling aku excited nak ajak encik suami masuk. walaupun aku pernah dua kali ke sini dan kali ini yang ketiga, tapi aku sangat2 teruja nak masuk sini lagi dan lagi. sinilah view yang paling cantik di kundasang--bagi akulah :) pergi masa cuti sekolah, haruslah ramai gilaaa orang~ masa ni awan dah berarak mendung. laju2 ajak encik sua...

Penginapan di Ranau, Sabah.

Image
entry honeymoon katanya. tapi tahun lepas punya baru nak cerita tahun ni. dah nak first anniversary kut -.-' but sokayyy, kita updated pelan2. 4 hari 3 malam kut kat sabah. mahu tak banyak entry nak dimasukkan. mohon diri ini tabah dalam menaikkan entri baru walaupun cerita lama. heh!  untuk makluman sekali lagi. honeymoon kami ni bukanlah honeymoon yang betul2 honeymoon siap hotel lima bintang--bunga bertaburan atas tilam mahupun ada candle light dinner bagai. tak. check in pun hotel bajet. walk in aje pun. tapi dah nama pun honeymoon, hotel bajet rasa macam di syurga kahkahkah kalau malam pertama kita orang stay di Kundasang, malam kedua pula kita orang stay di Ranau. sebelum merayau, kita orang cari dulu hotel. jumpa Sabah Baru View Lodge ni. alhamdulillah. hotelnya bersih dan selesa.  semalam tak sampai seratus ringgit kut. lupa. dah nak setahun kan? hehe. tapi memang murahlah. pagi2 lepak kat beranda. bancu...

Petang Di Kundasang.

Image
lepas jalan2 di Kundasang War Memorial , aku dengan encik suami berjalan pulak ke pasar kundasang. yang gerai jual2 tepi jalan tu. sayur2 dekat sini memang segar bugar.  deretan kedai2 sini panjang jugak dan belum pernah aku sampai ke hujung. malas nak jalan pun ada jugak. lagipun bukannya beli apa2. tapi sape yang nak beli sayur sini dan suruh orang kedai makan masakkan untuk kita pun boleh~ tapi aku tak sure kedai makan yang manalah ya.  walaupun tak beli apa2, tetap singgah kat sini jugak. dah macam perkara wajib di buatlah kalau sampai kundasang ni :) tengok sayur terus teringat betapa sedapnya kalau dibuat steamboat *telan air liur* kat sini bukan setakat sayur je. strawberry pun ada jual tapi versi yang kecik2lah. bunga2. madu. kerepek2.  rumah warna - warni ni, chalet yang betul2 berdepan dengan gerai jual2 ni. nampaklah gunung kinabalu pada yang sape2 check ini sini.  dah jalan2 tengok sayur, aku ajak enci...

Kundasang War Memorial (Tempat Menarik Di Kundasang)

Image
baru terasa nak updated balik cerita tahun lepas punya masa jalan2 ke kundasang. selepas makan tengah hari di Sabah Tea dan check in di Kiram Village , aku ajak encik suami ke sini~Kundasang War Memorial. betul2 dekat pekan kundasang tu je.  penyambut tetamu kami :) masuk sini bayar dalam rm2 ke rm3 macam tula. lupa. setahun dah berlalu kan? mananya tak lupa hehe~ tapi memang bayarlah. War Memorial ni macam taman peringatan atas kematian askar2 australia dan british yang ditawan oleh tentera jepun masa perang dunia kedua dulu *kalau tak silaplah*  monopod (betul ke nama dia? hurm) tengah femes time datang sini jadi haruslah bawak ;p lagipun pergi berdua je. ada benda alah ni senang jugak selfie bersama2 :') memandangkan dah pernah datang sini. tahu bentuk muka bumi dia macam mana, jadi pakai selipar jelah kehkehkeh~  kemain lagi kata - kata si rumput ni. pandai buat orang tak sampai hati nak pijak dia. padahal~ hurmm~  ...

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Image
Assalammualaikum.. Sebenarnya kan, aku dengan encik suami bukannya honeymoon sangat pun di Sabah hari tu (bulan 6 punya cerita, bulan 9 baru updated! tepuk tangan sikit! heh!) tapi lebih kepada jalan - jalan dan makan - makan. Yalah, baru kahwin kan, nak jugak habiskan masa bersama. Berdua. Jauh dari hiruk - pikuk kota. Ayat..itu pun tak pasti betul ke tidak ayatnya huhuhu~ Encik suami pergi ambik kunci. Seperti tajuk dan gambar di atas, korang sedia maklumlah kan yang kami menginap di Kiram Village di Mesilau, Kundasang. Selalunya orang honeymoon ambik hotel yang best2 sikit, tapi alahhh itu honeymoon orang. Kita buat honeymoon kitalah kan? Ikut bajet sendiri. Yang penting dapat habiskan masa berdua *senyum* Lepas makan tengah hari di Ladang Teh Sabah, terus bergegas check in kat sini. Encik suami dah booking awal kat sini. Time pergi ni school holiday, jadi penuh aje. Nasib booking awal. Lega.. Masa ni dalam pukul 1 lebih kalau tak silap. Cuaca memang pana...