Posts

Showing posts from 2013

Donate with you Nuffnang earnings

Image
Assalammualaikum. Baru - baru ni kita tahu Taufan Haiyan telah meragut lebih 10,000 nyawa, di bandar-bandar wilayah Tacloban, ibu negara Pulau Leyte, di tengah Filipina dan Pulau Samar. Taufan ini juga dikatakan taufan paling kuat di dunia pada tahun ini. (Sumber daripada SINI ) Aku ~ kalau berkaitan dengan bencana alam macam ni, memang aku takut sangat. Bila tengok mangsa - mangsa, aku kesian. Tak kisahlah negara mana sekalipun yang kena, rasa tu tetap ada. Selalunya donation akan dibuat. Tapi aku ni kalau tengok nombor akaun untuk mangsa - mangsa bencana atau apa aje, yang boleh kita salurkan bantuan, serius aku tak pernah lagi buat. *mengaku, okay!* Tapi kali ini hati aku tergerak nak buat donation *hoii! baru derma soploh hengget kau dah kecoh! puiii~* tak kisah nak cakap apa. Cuma aku nak kongsi aje pun. Mana tahu ada yang terlepas pandang ke. Tak tahu ke. Kan? Ingat. Ikhlas seseorang tu subjektif. Allah je boleh nilai. Aku rasa ramai yang perasan dengan be

Menginap Di Venus Boutique Hotel, Melaka.

Image
Assalammualaikum.. psstt! entri ini banyak dengan gambar dan panjang berjela ;p Internet agak lembabbbbbb seminggu dua ni. Nak kata aku tak bayar bil, aku dah bayar. Mungkin dorang tengah upgrade sistem kut. Aku ulang. Kut~ *nak sedapkan hati* Berdasarkan tajuk entri, (kemain lagi, ayat~ berdasarkan tu. kehkekeh) pada 8/11/2013 bersamaan hari jumaat, aku telah ke Melaka. Kalau sebelum ni aku pernah pergi dengan family, kawan aku yang lain dan seorang diri -.-' tapi kali ini aku pergi dengan sorang lagi kawan aku, Effa Arabi *pergilah follow dia, ok? promote kejap ;D Sampai Melaka tunggu Effa kejap dekat Melaka Central (MC) sebelum kami berdua walk - in cari hotel. Aku memang dah cakap awal dekat Effa yang aku nak hotel area Banda Hilir. Sebelum ni pernah Menginap di Dreamz Hotel, tapi kali ni menginap di hotel sebelah Dreamz Hotel tu je. Hotel apa? Hotel kat bawa nilah ;p  Oh ye. Aku gerak dari Ipoh dengan Encik Dia dan adik Encik Dia. Dia

Resepi Spaghetti Bolognese

Image
Assalammualaikum. Hari ni nak share resepi spaghetti bolognese. Bagi aku nak buat spaghetti ni takdelah susah mana. Bahan - bahan dia pun senang aje. Aku ni kadang - kadang kalau dah malas, aku guna sos spaghetti yang ready made tu. Senang. Tak payah nak renyah sangat ;D Tapi hari ni kita buat versi renyah sikit. Sikit je. Tak banyak pun~ Bahan - bahan : Spaghetti  Daging kisar  Bawang putih di cincang halus Tomato dipotong dadu Cendawan shitake segar dihiris kasar (guna cendawan dalam tin pun boleh)  Sedikit sos tomato Sedikit cili kisar (kalau nak pedas letaklah lebih) 1/2 peket instant soup (tak kisah brand campbell's or vono) Minyak  Parutan keju  Cara Membuatnya : Celur spaghetti. Letak minyak sikit untuk elak spagehetti melekat. Celur tu jangan terlalu lama. Dah siap celur, toskan. Untuk sosnya pula : Panaskan minyak. Tumis bawang putih sampai kekuningan. Masukkan cili kisar. Gaul seketika.  Masukkan daging ki

Resepi Cheesekut

Image
Assalammualaikum.. Hari ke-6 bulan November baru terhegeh - hegeh nak updated blog. Entri Terakhir hari kemain lagi kena rajin berblog bulan ni sebab BE tengah running tapi hampeh! Dekat seminggu jugak baru nak menaip kat sini. Haih~ Tapi tak apalah. Benda lepas jangan lagi dikenang. Amboi ;p Hahaha. Okey. Okey. Entri pertama di bulan sebelas adalah resepi Cheesekut! Baru - baru ni aku terbuat cheesekut gara - gara tengok Novelist Ara Sharrina post pasal makanan ni dekat Fb. Tapi dia buat ada letak buah then guna whipping cream. Memandangkan kat dalam rumah ni bahan - bahan terhad, aku godeklah Google cari resepi Cheesekut ni dan terjumpalah resepinya di SINI :) Cuma aku ada adjust sikitlah ikut selera aku. Hihi.  Tak cantik tak apa. Janji hati baik. Eh. Janji sedappp! Resepi Cheesekut Biskut Deluxe Crackers (Original) Fresh Milk (5 sudu makan) Susu pekat manis (Aku guna suku je susu daripada 1 tin susu tu. Kalau nak manis letak lebih la

Entri Terakhir

Assalammualaikum. Hampir sebulan tak updated. Nak kata busy, tak adalah busy sangat. Cuma macam malas je nak updated. Cerita banyak aje nak dikongsi. Hurm. Tapi yang aku perasan kan, kalau dah tak updated dua tiga hari, besar kemungkinan akan melarat ke dua tiga minggu. Serius. Itu selalu sangat terjadi. Lepas ni kena buat entri hari - harilah jawabnya *konon~ Berbalik pada tajuk. Entri ini adalah entri terakhir untuk bulan oktober ni. Harap - harap bulan november nanti berderetlah entri dibuat. Bukan apa, BE tengah rancak running (alhamdulillah) jadi kita mestilah kena rajin sikit berblog kan? *alasan kemain lagi! haha.* Cuma itulah. Kadang - kadang mood pun mempengaruhi nafsu untuk berblog. Hurm.  Aku ni kalau mood tak baik memang takkan naikkan entri pun. Takut nanti yang ditaip emo tak tentu hala. Naya! Kalau boleh nak elak benda - benda beremosi masuk dalam blog. Sebelum ni ada je aku naikkan entri macam tu tapi tak banyak. Tak taulah masa akan datangkan? Lagi

Wordless Wednesday (17)

Image

September Pergi, Oktober Mari, BE Ada Lagi.

Image
Assalammualaikum.. Bulan september dah pun berlalu. Hari ni bulan oktober. Sekejap je masa berjalan kan? Tak lama lagi dah masuk 2014. Umur pun makin meningkat. Tapi amalan masih tak meningkat - ningkat :'( Sama - samalah kita muhasabah diri ya? Baiklah~ Memandangkan hari ni dah masuk bulan 10, aku pun teringin nak update perkembangan terkini Nuffnang. Dan alhamdulillah masih lagi ada iklan yang sudi running di situ. Walaupun amount dia tak banyak, tapi tetap alhamdulillah :') Thank you Nuffnang! Aku ada dua blog, walaupun blog Karya Kathy Tuah yang mengumpulkan semua karya - karya aku macam cerpen, e-novel dan puisi tu dah lama tak ada entry baru, tapi BE masih nak singgah kat situ. Insya - Allah bulan 10 ni aku nak aktifkan balik blog tu ^^ Entry untuk tips dapatkan BE atau CPUV ni banyak sangat. Asalkan rajin search then baca. Aku ambik masa nak dapatkan BE ni tau. Bayangkan, aku start berblog tahun 2010 (letak Nuffnang pun tahun 2

Ipoh - WANG KELIAN - Padang Besar - Ipoh (Part 1)

Image
Assalammualaikum.. Ada part pulak~ hahaha. Bukan panjang mana pun sebenarnya, sebab entry ni khas untuk Wang Kelian je. Sebab tu tajuk dia Wang Kelian hurufnya dibesarkan :)  Sabtu lepas, 21hb. Aku ke Perlis. Motif nak ke Wang Kelian dan Padang Besar. Padang Besar aku dah pernah pergi dua ke tiga kali macam tu tapi Wang Kelian tak pernah lagi. Gerak daripada Ipoh pukul 3.45 pagi. Nak ke Wang Kelian ikut je jalan nak ke Gua Kelam. Aku tak pandai sangat bagi direction ni tapi aku ingatlah jalan dia memang ke Gua Kelam. Dan jalan nak ke Wang Kelian berbukit - bukit. Ada yang kata macam Bukit Putus, N9. Ada yang cakap macam jalan Tapah nak ke Cameron Highland.  Bila aku pergi sendiri, aku rasa Bukit Putus laluan nya sedikit panjang berbanding jalan ke Wang Kelian ni. Kalau jalan Tapah pulak, tar dia sendiri teruk dan jalan sempit. Kalau Wang Kelian ni, jalan dia cantik dan besar sikit. Cuma selekoh jalan ke Wang Kelian ni agak tajam. So hati - hati.  

Mamee Chef Perisa Tom Yam Thai

Image
Assalammualaikum.. Aku paling suka Maggi Perencah Kari. Kiranya dalam banyak - banyak mi segera yang ada, Maggi Perencah Kari lah yang terbaik. Setelah berkenalan dengan Mamee Chef Perisa Tom Yam Thai, aku telah memutuskan yang Maggi Perencah Kari tetap terbaik! Apa? Ingat tajuk Mamee Chef terus ingat mi ni telah menawan hatilah? Oh tidak sama sekali. Hehehe. Cuma kalau Maggi nombor satu di hati, Mamee ni pulak nombor dua di hati ^^   Tapi ~ Mamee Chef yang perisa Kari Laksa dan Ayam Pedas Shiitake SERIUS TAK SEDAP! Huhu. Maaf ye. Ikut tekak aku ni, memang tak sedap. Bukanlah tak sedap langsung tapi macam tak ngam lah dengan selera aku. Makan sebungkus pun bersungguh - sungguh aku nak habiskan -.-' Akhirnya time balik kampung raya hari tu aku bawak balik. Kat sana ramai sikit yang boleh makan daripada kat sini yang tak tahu bila nak makannya lagi. Sejak dah tahu rasa dia macam mana, aku hanya beli Mamee Chef Perisa Tom Yam Thai

Tips Kulit Wajah Kekal Bersih.

Image
Assalammualaikum.. *Tajuk SEO sungguh! Hahaha. Sekali - sekala tak apalah kan? (^_~)V Sekarang ni yang upload gambar di IG atau Fb semua cun - hensem belaka. Kulit muka semua flawless nak matiiii. Aku tahu memang ada tips nak kulit licin macam kulit telur rebus yang dikupas. Contoh kat bawah ni ;p   Ehem. Lama dah tak letak picture sendiri dalam blog ni =) Sejak berat badan naik mendadak, nafsu bergambar dah kurang. Lagi satu, dekat sini takde geng yang gila bergambar. Sungguh tak best tau~ Licin dan bersih je kulit mukakan? Padahal~ Hurm. Tips nya pakailah application Camera360. Pasti ia tidak mengecewakan ;D Tak original langsung! Hahaha. Okey-okey. Kali ni tips yang betul - betul. Muka aku takdelah okey sangat. Ada jugak jerawat. Kedutan. Bintik hitam dan kawan - kawannya yang lain tu. Cuma tak ketara sangatlah.  Tips nya mudah je. Pastikan kulit muka bersih bila berada di rumah! Lagi satu, kalau dah balik dari shopping ke, dari pasar ma

Resepi Lontong Simple.

Image
Assalammualaikum..  Aku memang tak reti buat telur mata. Kalau buat mesti kuning dia pecah. Tengok orang lain buat cantik aje -.-' Dulu ~ masa study dekat Melaka, baru aku berpeluang rasa makanan nama Lontong ni. Di Kuching makanan macam ni memang susah nak jumpa.  Dan sejak dulu lagi aku teringin sangat nak try masak sendiri. Tengok dari rupa dan rasa, macam lauk lemak biasa yang kita makan dengan nasik tu je. Kiranya senanglah kalau nak buat. Tapi, dah sekian lama kenal makanan ni, baru malam tadi aku gigih memasaknya di dapur. *kenapa aku rasa ayat aku agak skema akhir-akhir ni* Dan yang tak boleh blah nya bila baru pertama kali buat dah terhegeh-hegeh nak up resepi. Okey lagilah kan up entri resepi berbanding angan - angan aku yang dah tergedik - gedik nak buka kedai makan jual lontong. Konon dah sedap sangatlah ni. Hahaha. Entah apa - apa!  Marilah aku tunjukkan resepi yang simple ini. Ehem~ Bahan - bahan :  Fucuk/tauhu kering (dipatah -pa

Menginap di Dreamz Hotel Melaka.

Image
 Assalammualaikum.. Cuti tiga hari ni mesti ramai yang plan nak pergi bercutikan? Dan aku pasti Melaka antara negeri yang selalu dalam senarai percutian korang. Yang memang orang Melaka tu lain ceritalah kan? Sebelum puasa hari tu *kemain lama punya citer Kehkehkeh* aku ke Melaka. 3 hari 2 malam. Sebelum pergi tu call lah hotel yang ada di sekitar bandar Melaka tu, semua full. Aku dah agak dah. Sebab selalu macam ni. Try jelah walk in. Target memang Dreamz Hotel ni sebab dia betul - betul dekat Mahkota Parade (MP). Jalan kaki 5 minit pun dah sampai MP. Bila tanya petang jumaat tu, ada 1 bilik tapi twin room punya. Takpelahkan. Aku sorang je pun :)   Inilah rupa luaran Dreamz Hotel ni. Warna - warni bangunan dia. Staff dia pun okey. Yang bawa kereta tu, jangan risau. Parking disediakan untuk pelanggan hotel ni. Kau jangan main suka hati je parking dekat Melaka ni tau. ISNIN - AHAD, parking dia berbayar! Nanti tak pasal - pasal kena saman -.-'   Baiklah. In

Terbanglah Lagi~

Image
Mungkin akan terbang lagi~ Membelah awan melintas pelangi.  Mungkin akan terbang lagi~ Membawa pakaian bersama sekeping hati. Mungkin akan terbang lagi~ Mencari destinasi yang selama ini dicari. Dan moga kali ini pendaratannya bukan lagi di bumi ilusi..    -2013  p/s - ringkas tapi mendalam maksudnya. harap faham :')

Resepi Mee Jawa.

Image
Assalammualaikum.. Mee jawa banyak versi sebenarnya. Ada yang guna santan dan tepung jagung untuk kuahnya dan ada yang takde guna. Versi resepi keluarga aku memang pakai santan dan tepung jagung. Cuma kali ni aku guna versi tak guna santan dan tepung jangung. Versi yang ni aku ikut dekat Buku Resepi "1 Hari 1 Resepi" Chef Hanieliza (m/s 261). Cuma aku modify sikit. Ikut selera sendiri katakan ;D    Yang kat atas ni mee jawa yang aku baru buat baru - baru ni.  Kuah dia sama je. Cuma bahan tambahan kat atas tu je aku main letak apa yang ada dekat rumah. Paling penting kuahnya tu. Baiklah, kita tengok bahan - bahannya.  Bahan - bahan untuk kuah Ubi keledek (direbus dan dikisar) Air rebusan tulang daging dan daging (err..maksudnya kat sini, aku rebus tulang daging jugak dan daging jugak. ala, daging yang betul - betul daging tu. yang takde tulang dah tu) Bawang putih, bawang merah dan halia (tumbuk halus) Udang kering (rendam sebentar dan t