Posts

Showing posts with the label Jalan - Jalan Cari Makan Versi Kathy.

Ladang Teh Sabah (Antara Tempat Menarik Di Sabah)

Image
assalammualaikum..  11/6/2014 (rabu) - 14/6/2014 (sabtu) yang lalu2 *banyak lalunya sebab dah lamakan T_T* aku dengan encik suami ke kota kinabalu (kk). honeymoon katanya. tapi sebenarnya lebih kepada jalan - jalan. yelah, kalau honeymoon kenalah masa berdua lebih dalam bilik kan? tettt~ tapi kami tak. berjalan aje kejanya ;) dan entri di kk ni (kk, kundasang & ranau) aku tak letak ikut hari pertama, kedua ke apa, tapi aku ikut tempat yang kami pergi. bukan apa, kalau aku buat part 1, part 2, silap hari bulan akan ada part 1 je -.-' kami sampai airport kk sebelum pukul 8 pagi lagi. flight pukul 6 lebih sikit. sampai aje kete sewa, terus ke kundasang. walaupun aku masuk ni dah 3 kali pergi, tapi aku tetap tak ingat jalan. nasib baik encik suami bawak gps. senang keja *senyum*. memandangkan tak breakfast, kami singgah makan nasik ayam dulu. aku ni memang sentiasa lapar nasik T_T dekat mana? kat sabahlah. *padahal aku tak ingat nama tempat tu* tempat makan tu sebelu...

Menginap Di Venus Boutique Hotel, Melaka.

Image
Assalammualaikum.. psstt! entri ini banyak dengan gambar dan panjang berjela ;p Internet agak lembabbbbbb seminggu dua ni. Nak kata aku tak bayar bil, aku dah bayar. Mungkin dorang tengah upgrade sistem kut. Aku ulang. Kut~ *nak sedapkan hati* Berdasarkan tajuk entri, (kemain lagi, ayat~ berdasarkan tu. kehkekeh) pada 8/11/2013 bersamaan hari jumaat, aku telah ke Melaka. Kalau sebelum ni aku pernah pergi dengan family, kawan aku yang lain dan seorang diri -.-' tapi kali ini aku pergi dengan sorang lagi kawan aku, Effa Arabi *pergilah follow dia, ok? promote kejap ;D Sampai Melaka tunggu Effa kejap dekat Melaka Central (MC) sebelum kami berdua walk - in cari hotel. Aku memang dah cakap awal dekat Effa yang aku nak hotel area Banda Hilir. Sebelum ni pernah Menginap di Dreamz Hotel, tapi kali ni menginap di hotel sebelah Dreamz Hotel tu je. Hotel apa? Hotel kat bawa nilah ;p  Oh ye. Aku gerak dari Ipoh dengan Encik Dia dan adik Encik Dia. Dia...

Restoran Tasik Raban Ipoh, Perak.

Image
Assalammualaikum..  Aku selalu je dengar pasal Restoran Tasik Raban ni. Aku ingat hanya ada kat Lenggong je tapi rupa - rupanya ada kat belah Ipoh jugak. Jadi trylah makan yang dekat dengan stadium tu. Baru 2 kali aku pegi sana. Bagi aku yang special kat sana adalah TEMPOYAK dia. Tapi ramai yang suka makan ikan bakar kat situ. Entahlah aku tak penah rasa lagi ikan bakarnya. Kemain banyak ye nasi kau KT! Kata nak diet -.-' tapi macam aku cakap kat entry INI dulu, tempoyak antara menu yang boleh memusnahkan diet aku. Eceh. Alasan. Kehkehkeh~  Masa ni aku makan dengan dak Ehem2. Aku ambik ikan patin masak tempoyak, ulam - ulam + sambal tempoyak dengan sayur pucuk ubi masak lemak. Rasa ikan patin dia okeylah. Nak kata sedap sangat taklah. Ops!  Yang pinggan nampak sipi - sipi tu, pinggan dak Ehem2. Dia ambik ikan masak sambal. Lupa pulak nama ikan tu. Tapi dia cakap kurang sedap. Tapi bagi aku yang paling best kat situ dah t...

Nasi Arab Di Ipoh, Perak.

Image
Assalammualaikumm.. Masa duduk Seremban dulu, teringin sangat nak makan Nasi Arab Damsyik yang kat Senawang tu (err..kalau tak silaplah).. Tapi asal lalu sana je mesti ramai je orang.. Jadi, aku sampai sekarang tak penah makan nasi arab kat situ :(  Bila di Ipoh ni pulak, aku dikenalkan dengan Nasi Arab di Restaurant Malika Of Saba dekat dengan Greentown tu. Tiga kali dah makan kat sana. Kalau dah makan sampai berkali - kali, kiranya sedaplah kan? Hehe.  Meh aku kenalkan dia punya makanan.   Okey, yang ni Lamb Haneeth. Harga dia RM15. Nasi dia banyak dan lamb dia pun banyak! Boss aku suka sangat makan Lamb Haneeth ni. Yang ni pulak Lamb Kebab. Rasa dia masin sikit berbanding dengan Chicken Kebab. Harga dia RM 14. Ni roti apa tah, aku pun tak tau nama dia. Uhuk~ Tapi kalau order kebab memang dia akan bagi. Gila besar roti ni.  Chicken Kabsa! Nasi Arab Ayamlah konon - kononya. Rasa pun sed...

Nasi Ganja.

Image
assalammualaikum.. nasi ganja ni sama je dengan nasi kandar. orang panggil dia nasi ganja sebab konon-kononnya lepas makan nasi tu orang akan jadi ketagih untuk makan nasi tu lagi. tapi kalau tanya aku sama ada aku ketagih ke tak. jawapannya adalah TAK! kenapa aku tak tertagih? sebab aku tak suka ayam dia yang terlebih garing. lagipun aku lebih suka makan versi ayam kari. dan karinya pun pedas. aku memang kurang sikit makan pedas - pedas ni.  kedai nasi ganja ni kat ipoh. kat jalan Yang Kalsom. femes tau kedai ni siap masuk paper lagi. tak caya klik SINI. so far yang aku dengar kedai ni halal. walaupun owner kedai tu seorang berbangsa cina. *tapi kalau korang tahu lebih lanjut pasal kedai ni sama ada halal ke tak, silalah komen ye.* masa makan kat sini, aku dengan anak - anak buah aku. ina & suraya. tapi dah nama pun lidah sespesis mak saudara dorang ni maka kita orang bertiga tak dapat nak habiskan nasi tu. sebab tu aku cakap...

KFC Tom Yam Crunch VS KFC Hot & Spicy.

Image
assalammualaikum & hi~  hujung minggu macam ni mesti ramai yang berpeleseran dengan kekawan kan? aku tak terkecuali lagipun lama dah tak jumpa kawan baik aku emi & shila. dan tempat yang paling dekat dengan rumah kita orang adalah kfc. jadi lepak sana je. ambik dekat.  TAPI..kami semua macam dah salah buat perhitungan pulak hari ni bila kfc dah launch kfc tom yam crunch. OH NO~! jadi dengan keterpaksaan kami order jelah. ambik snack plate + CHEEZY WEDGES. gambar dari SINI. dan seperti tahun sebelum ni, rasa tom yam crunch ni masih tak dapat tandingi hot & spicy. entahlah, mungkin lidah aku yang bermasalah kut. kalau lidah aku bermasalah pasti lidah emi, shila dan adik emi pun bermasalah. sebab kami semua komplen yang tom yam crunch ni tak sedap T_T nasib baik chezzy wedges dia tak buat perisa tom yam kan? kalau tak, mahu jugak aku mogok tak pi kfc lagi dah. aku suka sangat chezzy wedges kfc ni ^^ ~emi, adik emi & shila~ tapi walaupun tak sedap, h...

Mana Satu Pilihan Korang? | Entri Bergambar.

Image
assalammualaikum & hi~  entri kali ni penuh dengan berjuta - juta lemon gambar makanan yang mungkin menjadi pilihan anda di kala lapar atau saja - saja buat lapar. entri ini jugak tidak sesuai pada sesiapa yang berpuasa sebab akan membuatkan anda lapar dan tak sabar nak berbuka puasa. dan mukadimah entri ini pulak aku rasa macam nak lempang je!  psstt!! sila klik nama makanan kat bawah!  sate kajang @ masjid tanah. mee kari udang lipan @ pantai remis.  yong tau fu @ pulau gadong.  pulut durian @ padang besar.   pisang goreng cheese @ kuching.   mee banjir udang mak teh @ kuala sepetang. ikan keli salai masak lemak cili apa @ mantin.  butter prawn @ tanjung lubang.  dim sum @ miri.  asam pedas ikan parang @ melaka. strawberry milkshake & salad @ big red strawberry farm. okay, selamat menjamu mata! bye (^_~)V p/s - yang mana satu pilihan korang?ke tak ada pilihan korang kat sini -.-'