Kenangan Yang Berkaitan Dengan Kecantikan.

assalammualaikum & hi~


Korang rasa korang dah cukup cantik ke tak? sebenarnya kita ni kadang2 lupa untuk mensyukuri dengan anugerah yang Allah swt dah bagi. aku cakap untuk diri aku sendiri jugak. kadang2 aku rasa aku cantik & kadang2 aku rasa aku tak berapa cantik & ada sampai tahap aku rasa aku memang gadis yang paling tak cantik. *tak mo guna perkataan hodoh -.-'


tapi bila aku sedar balik, aku cepat2 bersyukur sebab aku masih punya pancaindera yang serba lengkap. dan alhamdulillah, kulit muka pun tak ada masalah jerawat sangat. syukur Ya Allah. bukan apa, masa kecik2 aku penah diejek oleh budak2 kampung sebab...sebab..erm, tak payah la aku bagi tau. benda ni boleh mengaibkan diri sendiri. tapi benda tu berkaitan dengan kecantikan.


masa tu hanya Allah je tau. sampai satu tahap dia orang pulaukan aku. dan ada jugak yang tulis nama aku kat dinding2 balai raya. aku dah puas menangis. teringin jugak aku nak mintak mak buatkan sesuatu dengan diriku tapi aku tau mak aku tak mampu. jadi aku pendamkan saja.


betul kata orang, masa mengubah segalanya. bila aku makin membesar aku mula sedar bahawa kecantikan bukan hanya dari luar. sebab kecantikan dalaman itu jugak amat penting. jadi aku terus berusaha demi menyangkal kata2 mereka masa aku kecik dah akhirnya jadilah aku yang sekarang. walaupun tidak begitu cantik tapi alhamdulillah. sekurang2nya Kathy yang dulu sudah tidak ada lagi. yang penting jugak aku sihat.


aku sememanganya tidak berdendam dengan mereka tapi aku cuma tak boleh lupa apa yang mereka telah buat atas diri aku ni. sungguh! aku tak boleh lupa! masih terngiang - ngiang lagi ejekan & sindiran mereka.


apa2 pun aku bersyukur sangat dengan apa yang aku ada sekarang. sesungguhnya Allah lebih tau apa yang terbaik buat kita. alhamdulillah.


p/s - maaf, entri terpanjang la pulak T_T


Comments

Unknown said…
Betul.. Seharusnya kita bersyukur dengan apa kita ada.. :)

Newest post! Rajin kalau bacalah! ^^,.. Tekan sini nak baca entri terbaru!
storymerry said…
betul2,
hargai ape yg kite ade skarang!
zaman budak2 dulu pon same,biase kene ejek,mcm2 lah,ade mnyakitkan hati,ade yg geli hati kalau dgr!
pape pon selamat tinggal zaman kanak2!hehehe.

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.