Pagi Di Kundasang.


kundasang. sinonim dengan puncak gunung kinabalu. kalau nak datang sini pastikan masanya tepat sebab kadang2 kau takkan bertemu dengan puncak gunung kinabalu yang amat2 cantik! paling cantik pada waktu pagi dan kadang kala waktu petang.







gambar atas ni diambil pada awal pagi, hari kedua (tahun lepas punya cerita ye, sekitar june 2014) .kan kita orang stay di kiram village, jadi pagi tu ambik masa jalan2 kat kawasan sekitar. bila berada di kundasang ni mood honeymoon memang naik mendadaklah ;p sebab cuacanya yang dingin mendamaikan :) 







masa kat sana, abang aku sentiasa wassap kita orang. bagitau dekat mana view yang cantik2. dia dah banyak kali ke sini, jadi dia agak expert lah berbanding kami berdua~ katanya dekat Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa, ada Mount Kinabalu View. maka gigihlah laki bini ni ke situ. seperti gambar tertera kat atas tu :)







nampak tak puncak kinabalu hampir2 diselimuti dek awan? laju2 suruh encik suami posing ;p masa ni ada juga tourist lain berebut2 nak ambik view ni. kan aku dah cakap awal2 tadi, puncak gunung kinabalu tu bukan 24 jam boleh nampak. kalau dah disaluti awan tebal tu, jenuh jugak nak tunggu. 








lepas tu terus ke kinabalu park. tiket rm3 kalau tak silap dan valid untuk satu hari. boleh jugak guna tiket ni untuk ke poring hotspring. yang tak bestnya sini, toilet dia ya ampunnnn bauuuuu sangat2! dan kotor! malunya dengan minah salleh yang ada dalam toilet tu sekali. please lah, jaga sikit toilet tu. yang datang sini kebanyakannya orang yang luar daripada malaysia. malulah sikit -.-' 








lepas pusing2 kejap, terus ajak encik suami breakfast. dah dua kali ke kundasang, tapi kedai ni jugak akan aku pergi. abang aku pun kalau ke kundasang, wajib jugaklah singgah kedai ni.







dan menu wajib bila ke kedai ni adalah BAKSO! dah banyak bakso aku makan, tapi yang dekat kundasang ni jugaklah sedap! nama kedai ni Restauran Sri Hasanah. kalau kau naik War Memorial, kau akan nampak deret kedai kat area tu kan? dekat deret kedai tu je kedai makan ni. *gambar bakso ni gambar semalam--maksudnya gambar hari pertama sampai di kundasang tapi makan masa petang--gambar kat atas2 tu lagi gambar time breakfast pagi tapi nampak sipi2 je kan? tapi makan bakso jugak. oh ya nasi goreng yang encik suami makan, rasanya so so je* 







sebelum check out daripada kiram village, encik suami ajak explore dekat jalan atas kiram village tu. maksudnya sebelum masuk ke kiram village sebelah kanan, kita jalan terus naik atas..bila sampai kat atas tu~ subhannallah~ gunung kinabalu rasa amat dekat sekali. dan aku rasa sinilah antara view yang paling cantik sekali! 







selepas puas pusing kundasang, bermalam di ranau untuk malam kedua, bermulalah hari di mana kami terpaksa meninggalkan kundasang untuk menjelajah bandar KK pulak. lepas check out di hotel ranau, kami singgah breakfast lagi di kundasang, tapi kali ni kedai makan lain walaupun aku sebenarnya nak makan bakso lagi hihihi~






senang hati tengok encik suami happy :') kundasang memang pilihan dia nak pegi. aku pulak memang suka pegi sini. sejukkk~ nyamann~ dan menenangkan :) puas hati jugaklah honeymoon kat sini walaupun kita orang ikut bajet yang kita orang ada je. 








gunung kinabalu dan kundasang dalam kenangan. insyaAllah tahun depan akan ke sini lagi. harap sangat kundasang tidak terlalu dibangunkan macam cameron. 




p/s - kalau kau mampu ke bulan sekalipun, kau jangan lupa bumi yang kau pernah pijak





Comments

Ann Ishak said…
memang sangat cantik pemandangan gunung kinabalu tu
Nieda Ramly said…
seronoknya berada di kundasang

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Midin VS Pucuk Paku.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???