Tips Fahami Tubuh Sendiri Untuk Langsing.

assalammualaikum & hi sume.
Sebenarnya aku ni ada masalah sejak dua tiga tahun kebelakangan ini. Masalahnya satu je iaitu----->AKU MAKIN KUAT MAKAN! Dan akibat dari tindakan aku itu, badan aku terus naik dan naik dan naik. Masa tahun 2006, berat badan aku 47kg dan sekarang nak cecah 60kg. oh NO! Kalau di ikutkan dengan ketinggian aku (164cm) memang kira ideal dengan berat badan aku sekarang tapi kawan – kawan aku sume dok cakap dah aku makin tembam @ gemuk. *lain kali cakaplah makin cute!*.. aku apa lagi menggelabah tak tentu pasal dan terus berazam nak diet! Tapi diet di hati je tapi mulut dok asyik nak mengunyah je. Adoi!
Jadi dengan keazaman yang belum cukup di dada ni aku pun carilah info makanan diet seimbang sekadar untuk menambah pengetahun..*tapi berat untuk diamalkan*. Jadi aku terjumpalah artikel tentang FAHAMI TUBUH SENDIRI UNTUK LANGSING. Tajuk dia pun macam menarik je. Yelah, hanya kita yang faham tubuh badan kita, orang lain tak faham! jadi memandangkan aku ni gadis yang baik hati dan suka berkongsi maka dengan berbesar hati aku akan share sikit sebanyak tentang tips ni. Baik kan aku? *sambil tersenyum malu!*
Okay, baca dengan teliti tips di bawah!
Makan dengan perlahan – lahan --> kalau makan tu, ambik masa untuk mengunyah makanan sebab setiap kali kita mengunyah makanan, tubuh kita akan memiliki waktu untuk berasa kenyang sebelum kita memutuskan untuk meneruskan lagi mengisi makanan ke dalam perut . *kalau aku tak ada masa nak kunyah pelan – pelan, nanti orang cakap aku control ayu lak! Hahaha! Patut pun diet tak menjadi*.
Kita kena buat perancangan --> buat rancangan untuk menu yang kita makan supaya dapat menyeimbangkan pengambilan makanan yang kurang sihat pada hari – hari sebelumnya. *aku memang ada buat rancangan macam ni tapi bila tengok menu kat kedai makan, menu yang aku rancang entah ke mana (-.-‘)*
Pasar sayur --> masa pergi pasar tu wajibkan singgah ke bahagian sayur atau pasar sayur. dalam erti kata yang lain lebihkan sayur – sayuran. Pastikan menu kita ada terselit sayur. *kalau makan kat luar, aku pasti akan mintak Kailan Ikan Masin je.*
Jumpa pakar --> sesekali kita kena pergi jumpa pakar permakanan untuk dapat saranan terbaik tentang permakanan sihat.* kalau jumpa – jumpa pakar ni lambat sikit kot!heee~*
Bersabar --> kita kena bersabar untuk melakukan perubahan sebab ia memang memakan masa yang panjang jadi kuatkan semangat! Chaiyok2!! *bersabar memang penting, lagi – lagi bila beratur panjang masa nak order makanan kat KFC*.
Cari sokongan --> kita kena cari sokongan dengan pelbagai cara seperti saling mengingati sahabat yang punya matlamat yang sama dengan kita. Matlamat untuk makan langsing.*yang ni payah sikit sebab kawan – kawan , keluarga & ‘abang sayang’ semua kaki tangan makan! Menyalahkan orang lain pulak. Huhuhu~*
Jadi kesimpulannya, kita perlu memahami tubuh sendiri untuk langsing. Apa yang tersenarai di atas tu hanya sebahagian daripadanya. Banyak lagi cara untuk langsing cuma nak tak nak je. Setelah memberi info yang agak berguna untuk korang dan untuk diri sendiri maka dengan sedikit keazaman aku nak turunkan sedikit berat badan. kenapa aku guna perkataan sedikit tu? sebab target kita biar realistic. Sebab aku tau aku ni macam mana so biar bermula dari sedikit dulu.
Okaylah, pada sapa – sapa dalam dilema macam yang aku hadapi ni, marilah kita sama – sama memulakan yang asas dulu iaitu kurangkan kuantiti makanan dan lakukan senaman ringan. *aku harap sangat dapat buat yang asas ni*.
p/s – sumber ini aku dapat dari Majalah Mingguan Wanita keluaran 1-7 October 2010 (m/s 46). Cuma olahan ayat tu aku ubah..heeeeee~
~love ya~


Comments

NADIA RAJAMI said…
berat kmk pun dah nait nektok.. stresss.. huhu...lmk dah xjoging...
kathy said…
yalah owh, bingung jak asa ati bila badan makin nait ;(

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.