Resepi Lontong Simple.
Assalammualaikum..
Aku memang tak reti buat telur mata. Kalau buat mesti kuning dia pecah. Tengok orang lain buat cantik aje -.-'
Dulu ~ masa study dekat Melaka, baru aku berpeluang rasa makanan nama Lontong ni. Di Kuching makanan macam ni memang susah nak jumpa. Dan sejak dulu lagi aku teringin sangat nak try masak sendiri. Tengok dari rupa dan rasa, macam lauk lemak biasa yang kita makan dengan nasik tu je. Kiranya senanglah kalau nak buat. Tapi, dah sekian lama kenal makanan ni, baru malam tadi aku gigih memasaknya di dapur. *kenapa aku rasa ayat aku agak skema akhir-akhir ni*
Dan yang tak boleh blah nya bila baru pertama kali buat dah terhegeh-hegeh nak up resepi. Okey lagilah kan up entri resepi berbanding angan - angan aku yang dah tergedik - gedik nak buka kedai makan jual lontong. Konon dah sedap sangatlah ni. Hahaha. Entah apa - apa!
Marilah aku tunjukkan resepi yang simple ini. Ehem~
Bahan - bahan :
Fucuk/tauhu kering (dipatah -patah dan rendam sampai lembut. aku rendah dalam air suam)
Soo hoon/ Su'un
5 tangkai kacang panjang dipotong ikut suka hati kita (aku potong serong)
1 keping tauhu
Lobak merah potong kecik dan memanjang (aku guna baby carrot. alah, lobak merah yang kecik - kecik, comel - comel tu)
Setengah biji sengkuang juga dipotong macam lobak tadi (sengkuang aku beli tu besar jadi guna sebelah jelah)
Kobis dihiris macam biasa ( aku guna dalam sebesar penumbuk je kobis)
Setengah kotak santan kotak (err..aku guna santan dalam kotak tu)
Air ikut banyak mana yang kita suka.
Sedikit serbuk kunyit.
1 batang serai (dititik)
Garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Minyak masak untuk menumis.
Bahan - bahan yang ditumbuk :
1 biji bawang merah besar.
3 ulas bawang putih
Sedikit udang kering (direndam kejap)
Sedikit ikan bilis (juga direndam kejap)
Bahan - bahan sampingan :
Nasi Impit
Sambal ikan bilis
Telur mata
Cara membuatnya :
Panaskan minyak. Masukkan serai dititik tadi. Tumis seketika. Dah tu masukkan bahan kisar beserta dengan serbuk kunyit sekali. Tumis sampai garing.
Masukkan lobak merah dan sengkuang. Tambah sedikit air. Bila dah mendidih, masukkan fucuk, kacang panjang, tauhu dan kobis. Kacau rata.
Masukkan setengah kotak santan (kalau nak pekat letak lebih dari tu) dan disertai dengan garam dan perasa secukup rasa. Masukkan soo hoon yang telah dibasuh sekejap dengan air. Biar sampai soo hoon lembut dan SIAP!
Boleh dihidang bersama nasi impit, sambal ikan bilis dan telur mata. Resepi ikan bilis tu cari sendiri ye. Aku malas nak taip ;D
p/s - Kuantiti bahan - bahan tu macam biasalah ye, agak - agak korang nak letak banyak mana. Macam kuah dia ni ikut selera masing - masing nak santan lebih ke apa.
Dan ni aku main taip je. Tak ingat sangat. Haha. Resepi ni aku ikut sikit dari internet, sikit dari buku resepi dan sikit dari kepala otak aku sendiri. Jadi, pada pencipta resepi lontong - lontong di Malaysia , TERIMA KASIH! Anda memang TERBAIK *perkataan terbaik itu hendaklah di sebut macam dalam cerita kartun Boboiboy ;p
Comments
telan aek lio mek nangga
rasa mok molah juak
isi tabung nuffnnag ktk sitok
sekali buat dah up entry ok bah!