Cerita Raya Lagi.

 Assalammualaikum..


Syawal dah nak sampai ke penghujung. Tapi cerita pasal raya tak habis lagi. Aku rasa cerita raya akan terus ada pada bulan Zulkaedah nanti. Takpelah kan? Lagipun, ini blog aku sukahati aku lah! Wah, gittew ;D


Kalau bolehkan, semua benda aku nak share kat sini kecuali yang terlalu peribadilah. Bukan apa, mana tau satu hari nanti aku takde (sobs), bolehlah blog ini jadi kenangan buat yang mengenali diri ini. Tak pun buat tatapan anak cucu nanti ke, kan? :') 


Baiklah. Ini adalah entry bergambar. Entry ni dibuat sempena kami adik - beradik beraya rumah Abang Dilah. Tahun ni Abang Dilah beraya di rumah di sendiri dan rumah dia dalam kampung aku tu jugak. Jadi senanglah kita orang datang ramai - ramai serang rumah dia. Hehe~ 






Atas ni adalah Laksa Sarawak air tangan abang aku dan wife dia. Rupa saja dah mengancam apatah lagi rasanya. Mahu nangis kau akibat sayang nak habiskan laksa yang maha sedap ini. (Moga abang aku baca entry ini. Kehkehkeh.) Tapi serius. Memang sedap. Aku ingat nak suruh abang aku buka kedai makan.. Boleh aku tumpang jual novel aku kat kedai makan dia nanti. Hahaha~







Ini masa kita orang baru sampai. Masih ada lagi yang tak masuk dalam gambar ni. Selain kami adik - beradik, sepupu kita orang Kak Lily sekeluarga pun ada sekali. Makanya kemeriahan malam itu tiada tandingannya! 







Di luar pulak anak buah main bunga api. Ada yang menangis nak extra bunga api. Ada yang bergaduh berebut bunga api. Anak buah ramai, mahunya tak bergaduh. Tapi gaduh kejap aje. Pastu baik balik. 






Dah sembang kejap, terus ke meja makan. Aku dengan kakak akulah yang jadi orang pertama. Hahaha. Kita orang berdua je adik - beradik perempuan kan? Haruslah over sikit dari yang lain. Kehkehkeh. Tapi kakak aku ambik untuk laki dia, untuk anak dia.


Dah ambik laksa, sesi bergambar pulak bermula.








Ini anak buah aku. Iena dan Aya. Orang kanan aku ni. Kiranya dorang berdua agak rapat dengan aku. Walaupun mereka berdua ni pernah kena marah, kena tegur itu ini, kena nasihat tapi kita orang masih lagi boleh gelak sama - sama. Gurau sama - sama. Dan bergosip sama - sama :p





Antara gelagat sebahagian anak buah. Masa makan ni memang riuh - rendah aje. Dengan budak - budak, dengan mak bapak budak. Meriah!






Inilah satu - satunya kakak aku. Kalau kakak ipar ramailah. Ada 4 orang. Hehe. Umur kakak aku dah 34 tahun macam tu. Tapi masih cun kan? Anak 3 tapi tetap maintain lagi. Adik dia ni aje yang makin gem_k (-.-') Budak kecik ni nama dia Dhiya, anak Abang Dilah dan punya senyuman paling mahal dalam dunia! Hahaha.







Sebahagian anak buah yang dipaksa untuk bergambar. Kehkehkeh. Ada yang tak nak. Ada yang tidur. Macam - macam. Tapi kan, kalau dorang ni takde, tak terasa sangat kemeriahan malam tu :') Itu sajalah laporan kita hari ini. Nanti kita jumpa di next entry (^^,)



p/s - semoga berjumpa di ramadan dan syawal tahun hadapan~



Comments

seronokkan bila berkumpul ramai2 ni..mcm2 gaya ada...mcm2 cerita ada...bila sesekali berjumpa...
monalea said…
nyamannya laksa sarawak. sambalnya mengancam benar...terliur kamek disitok eh
YADAWIYYAH said…
lapar eyhhh...sobs sobs...
Unknown said…
ya ampun! nyamannya laksa ya
rasa mok terkam jak dlm lappy ya
telan aek lio jak kmk org tok

done isi tabung Nuffnang kat sitok...selamat menabung :)
Farra said…
uuiiiishh..terliukkk tgk mee laksa ya ..
Aimacomel said…
Serius sedap tengok udang tu. Huhu, kita suka udang.

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Midin VS Pucuk Paku.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???