Luahan Hati Sebelum Membuang Undi.

Assalammualaikum..


Esok proses buang undi. Insya - Allah esok jugak kita akan tahu siapa yang menjadi pucuk pimpinan.
Walaupun tempoh berkempen tak lama mana tapi kesan berkempen kali ini beri jugak efek kat aku.
Efek apa? Efek BOSAN #siap caps lock bagi jelas!


Serius, okey. Aku bosan.
Bosan bila on radio lagu kempen. On tv berita kempen. Surat khabar, kempen. Fb? Kempen. 
Aku tak kisahlah orang nak berkempen segala, tapi kalau dah sampai hampir semua saluran tv, radio, fb siarkan perkara yang sama mahunya tak muak!


Dan yang paling aku tak suka, bila aku dapat SMS raih undi daripada pihak - pihak tertentu. 
Dapat tengah - tengah malam pulak tu! Adoi..
Siang - siang tak boleh SMS ke? -.-'


Aku bukan tak suka kerajaan mahu pun pakatan rakyat (eh, macam atas pagar aje? hikhik) tapi aku kurang berkenan pada yang penyokong tegar mereka tu.
#lagi-lagi si penghantar SMS! 
Kadang - kadang aku tengok mereka ni terlalu taksub pun ada. 
 Cer rilek sikit. Jangan sebab parti, kita bergaduh.
Tak syoklah macam tu.


Apa saja keputusan PRU13 nanti, terimalah dengan tenang.
Dan pada yang sembang kencang tu, dah mendaftar ke? Dah boleh mengundi? Pergi mengundi tak?
Aku bukan apa, ada yang cakap bukan main tapi alih - alih tak mendaftar pun. 
Bila dah tak mendaftar macam mana nak mengundi?
Undi guna air liur je kut?


Apa - apa pun SELAMAT MENGUNDI. Undilah dengan bijak ye ^^


p/s - aku dah tahu aku nak undi parti mana (^_~)


Comments

Unknown said…
undi dgn bijak. hihi. mek lom pat daftar.. ;)
Mummy MM said…
Setuju.. Radio ndak alah2 main lagu mengundi. Padahal lagu bukannya best ney pun. Yang paling kamek sakit ati time celcom berkali-kali anta msg check tempat ngundi. Kamek ingat gerek kamek anta msg. Sak-sak jark t mewk.
:: CIKVIVA :: said…
smiggu sebelum PRU, hari2 dapat sms raih undi dari parti pembankang..pelik sungguh semua no pulak tu..

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Midin VS Pucuk Paku.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???