Dim Sum Halal Di Ipoh, Perak

 Assalammualaikum..


Entri kali ni fresh dari ladang. Sebab perkara yang nak diceritakan ni baru je berlaku tengah hari tadi. 
Selalunya entri dah basi jekan? Tapi tidak untuk hari ni #sambil tersenyum bangga Kehkehkeh!


Begini. Aku suka sangat makan dim sum. Tapi korang tau jelah, nak dapat dim sum yang halal kemain payah lagi. Biasalahkan dim sum ni kan makanan orang cina.
Jadi, dengan penuh kegigihan, aku pun cari info di Google. #gigihlah sangat -.-'
Dan akhirnya terjumpa Greentown Dimsum Cafe! Di mana? Tak tengok title entri aku tu?
Di Ipohlah. (jawab dalam hati)



 Persiaran Greentown 4,
Greentown Avenue,
Greentown Business Centre,
30450 Ipoh, Perak.

Tel/Fax: 05-255 2010.

Berdepan dengan 7E dan PTPTN dan sederet dengan Chatime. Semangat aku bagi alamat dulu ye. Heh! 







 Baiklah. Kita ke restorannya pulak ye. Di muka pintu tu dah terpampang tanda Halal.
Jadi usah risau usah bimbang. Ramai kaum adam dan hawa beragama Islam menjamu selera di sini.
Memandangkan aku duduk kat luar je, jadi aku ambik view pintu tu jelah :p





 Air kita orang ambik Mango Ice & Honey Lemon (hot). Honey Lemon tu sedap sangat! 
Rasa nak mintak dia bagi secawan lagi. Lagipun cawan dia kecik, tahu T_T 
Dan ia berharga RM 2.80. Sama harga dengan Mango Ice. 
Yang Mango Ice ni burble kat dalam dia tu je sedap. 
Rasa air dia biasa - biasa je.







Atas ni pulak Thai Style Fried Chicken. Rm8. Yang ni memang aku rekomenlah pada sape yang nak try makan sana. Sedap sangat - sangat! 
Ni set dia dengan nasik putih tau. Ayam dia pun banyak. 
 Serius puas hati.






 Yang ni pulak Fried Radish Cake. Harga RM4.50. Ini pun sedap. Sebenarnya, nasik kat atas tu dia punya. Ini pulak aku punya. 
Tapi sempatlah menyudu yang dalam pinggan masing - masing.
Untuk merasa sikit, kan? :)
Aku selalu nampak makanan ni dekat Jonker Walk Melaka. Nak beli tak sure halal ke tak. 
Kalau dah was - was memang takdelah aku nak beli. Bila aku nampak ada dalam menu, terus order.
Dan alhamdulillah ia amat memuaskan anak tekak.






 Dan inilah punca utama aku makan ke sini. DIM SUM! Oh dim sum.. kenapalah kau sedap sangat? #ok,over!
Fokus pada benda yang bulat - bulat tiga ketul kat atas tu ye. 
Yang atas sebelah kiri sila abaikan dulu.Okey, yang bawah dalam gambar tu Prawn Siew Mai. Harga 4.90.
Yang putih tiga ketul tu pulak, Prawn Dumpling. Ni mahal sikit, RM 5. 
Mahal seposen je pun. Huhu~
Rasanya? Sedap! Kene dengan tekak aku.






Yang atas dalam gambar atas ni pulak adalah Chicken Siew Mai. Harga RM 3.80. 
Yang bawah tu pulak yang ada enam ketul dim sum merupakan Dim Sum Set 01. Harganya RM 8.30.
Memandangkan kali pertama makan sini jadi manalah aku tahu yang set sama je dengan apa yang aku order tu. 
Yang bezanya yang aku ambik takde Seaweed  Siew Mai.
Dahlah Seaweed Siew Mai ni sedap. Nyesal tak ambik yang tiga ketul punya :'(
Tapi takpe, akan ku pergi lagi ke sini :-D


Oh ye, aku tapau 6 bijik dim sum sebab tak larat nak habiskan! Order masa lapar memang begitulah endingnya -.-' Tapi tak sampai malam aku dah belasah lagi dim sum yang aku bawak balik tu Huhuhu!






Ini adalah Prawn Cheong Prawn yang berharga RM 5.50. 
Yang ni direkomenkan oleh encik writer di situ dan malangnya ia tidaklah sesedap seperti beliau katakan.
Aku tanya dia, sedap ke tak. Dia balas "bolehlah".
Kalau dah jawapan dia macam tu dah tau sangat dah yang makanan tu tak berapa sedap.
Bila aku try. Memang sah tak sedap! #sorry owner cafe, makanan ni tak menepati piawaian lidah saya (senyum sambil kelip - kelip mata)


 TAPI ~ jangan susah hati sebab aku akan datang lagi ke cafe ini lagi! BUKAN JANJI TAPI PASTI!
#pasti..kau di saat ini..berselindung di balik wajahnya..(tetiba kau menyanyi ye!)





Yang terakhir adalah total makanan yang dimakan dengan lahapnya.
Part ni kenelah yang last sekali kan? 
Jumlah semua yang di makan, RM 45.60.
Tiada service charge! Gov tak pun takde! Itu yang dia tengok dulu sebab dia yang bayar. 
#elok sangat perangaikan? orang lain teringin nak makan, orang lain pulak yang bayar Hikhikhik~


Kesimpulannya, sape yang teringin nak makan dim sum tu trylah ke sini.
Makanan cina yang lain pun ada.
Oh ye, cafe ni tutup hari Selasa.
Dan beroperasi dari pukul 8 pagi sampai 9 malam. 
Ada faham? okey, bai! 


p/s - Review makanan dan minuman berdasarkan lidah aku. Lidah kita ni tak sama, okey? ^_^





Comments

Nieda Ramly said…
jauhnya nak pergi try
ejulz said…
nelan aik liur jak la ngga. hehe
YattAkasah said…
sedapnye.. tak pernha makan dimsum
Mummy MM said…
Kamek sik penah g makan menda nama Dim sum (^_^)
:: CIKVIVA :: said…
bagusnya takde tax..
alahai untungnye..org ipoh pon lom menjengah ke situ..takat pandangpandang je dulu
Unknown said…
Minggu depan i nak pegi try macm sedap je hu hu x sabar okey over.

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Midin VS Pucuk Paku.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???