Malas Berblog.
Assalammualaikum..
Tahun 2012 ni merupakan Tahun Malas Berblog. Aku rasa bukan aku sorang je malas nak berblog, ramai lagi blogger kat luar sana yang alami situasi yang sama. Sebab aku tengok ada yang post sebulan ada dua ke tiga entri je. Kalau dulu sehari berentri - entri. Sampai tak terkejar nak membacanya.
Ada ketikanya memang dah semangat nak naikkan entri ni tapi bila dah nak taip, terus close balik. Idea terbang ntah ke mana. Nampak sangat ketika itu idea dan tangan tak mahu bekerjasama! Maka, bersawanglah blog berkurun lama.. (baik punya alasan! padahal malas nak berfikir!)
Tapikan, walaupun malas tahap dewa sekali pun. Aku tetap jenguk jugak blog aku ni. Tengok entri baru kekawan walaupun tak BW sangat :') Cuma itulah tadi, malas bena nak taip entri baru. Idea ada je sebenarnya, tapi MALAS tu je lebih mendominasi.
huargghh! ngantuk dan MALASNYER nak taip entri...
p/s - sumber gambar dari SINI.
Comments
moga idea datang cepat....