Ketam Lembut di Restoran Terapung
Assalammualaikum..
Rasanya dah lama tak updated tempat makan. Jadi hari ni kita bersiaran tertunda di Restoran Terapung! Kat mana? Kat Kuala Gula, Taiping, Perak :-)
Masa aku sampai sini dalam sekitar pukul lima petang macam tu. Hujan renyai - renyai jadi jambatan dia ni agak licin.Hati - hati ye.
Nilah pandangan restoran terapung tu dari atas jambatan. Masa duduk tu ada pulak boat lalu. Terus terumbang - ambing restoran tu -.-' tapi jangan risau, keselamatan agak terjamin..insyaAllah :')
Suasana di atas restoran terapung. Memandangkan awal lagi jadi orang takdelah ramai sangat walaupun masa ni hujung minggu. Dengar citer malam - malam sini happening. Itu aku tak pasti.
Nampak tak macam kawasan berpetak - petak tu? Kat situlah tempat ikan dan ketam di letakkan. Kiranya fresh lah ikan dan ketam kat sini.
Oh ye, restoran ni bersebelahan dengan chalet seperti gambar di atas. Siapa rasa nak bercuti dengan family, mungkin sini salah satu tempat menarik kut. Kenapa ada kut? Sebab aku sendiri tak tau apa yang menarik kat sini. Eh~ Bukan apa, aku pergi sini dengan satu misi je iaitu makan kat restoran ni. Itu aje.
Kita ke menu dia pulak ye. Atas ni nasi goreng ikan masin. Okeylah jugak sebab sekor dua udang dan sotong dia campak dalam tu. Ikan masin dia pun terasa.
Ya, inilah menu yang disebut - sebut. Iaitu KETAM LEMBUT. Ketam kulit lembut sebenarnya. Ini versi masak cili ke masak pedas. Lebih kurang gitulah. Syukur sangat sebab masa aku makan ni rasa dia sedap yang amat!
Dan aku yakinkan lagi ketam lembut di sedap bila aku tambah order lagi ketam ni tapi versi sweet and sour pulak. TAPI..ada tapinya ;p tapi..tak semestinya sedap di mulut aku tapi sedap jugak di mulut korangkan? Lagipun kadang - kadang kedai makan ni, sekali kita pegi makanan dia sedap, tapi sekali lagi kita pegi makanan dia tak sedap pulak. Mencik tau! (tapi sini aku baru je pegi sekali) hehe.
Memandangkan aku ni jujur dan saksama, maka dengan tulus ikhlas aku cakap tomyam campur ni tak sedap. Maaf ye owner. Tapi memang tak sedap kalau dirasa dengan lidah aku. Jadi silalah improve lagi menu ini ya (^^,)V
Tadaa! Sinilah tempat makan dia. Okey tak surprise lagi. Uhuks~ Tapi insya-Allah aku akan datang sini lagi. Pada sape - sape yang TERlalu atau TERpegi kawasan Kuala Gula ni, jadi boleh try singgah kat sini. Tapi KALAU TAK SEDAP, jangan salahkan aku. Korang salahkan owner dia ;p
peace (^^,)V
peace (^^,)V
p/s - aku teringin nak makan steamboat + boleh grilled segala makanan..tapi kat ipoh ni aku tak tau mana nak cari..kat joni restoren (Johnny's Restaurant) tu ada steamboat je..grilled takde :p~
Comments
Ada jugk buat n3 pasal makan kat situ...