Anak Nangis? Cubit Je. Tak Pun Tengking.

Assalammualaikum..

Petang tu aku ke Jusco. Nak beli novel dekat Popular. Dalam kelekaan aku memerhati orang lalu lalang yang tak macam lalang tu, tetiba je aku terdengar suara lelaki. Bunyik dia macam tengah pujuk anak dia. Aku pun pantas berpaling. Cari mana datangnya suara tu. Ala biasalah pempuan. Naluri keibuannya tinggi tapi tinggi lagi naluri ‘kebusybodyannya’. Ops~

Bila aku toleh aku nampak sepasang suami isteri tengah pujuk si kecik yang berjantina pempuan dan maybe baru berusia 2 tahun macam tu. Dan untuk pengetahuan umum, budak tu kiut – miut. Tengok dia macam nak gomol – gomol je pipi dia. Gomol? Eh. Tapi siyes. Budak tu memang comel.  Kalau korang tengok dia terus korang imagine nak anak pempuan macam dia. 

Balik ke citer pujuk memujuk tadi. Si ayah dukung anak, si ibu kat belakang sedikit. Masa tu kebetulan aku tengah belek – belek beg apa tah. Aku pun tak ingat. Sebab masa tu mata ke lain. Dan bila sampai ke tahap budak tu tak dapat dipujuk, tetiba je si ayah cubit pipi budak tu. Budak tu yang tadi hanya merengek terus melalak menangis. Kuat pulak tu.

Lepas tu terdengarlah suara si ayah marahkan anaknya. Si ibu tengok aje. Aku pulak dah kesian bila pipi budak tu pegang pipi dia sambil menangis. Bayangkan pipi montel budak kena cubit. Kalau dia cubit sayang takpe jugak ni memang dia cubit betul – betul. Pekerja Jusco yang turut tengok kejadian yang sama dah mula bergosip. Ramai jugak yang tak puas hati dengan tindakan laki tu. 

Itu cerita di Jusco, ni pulak cerita masa aku beli barang dapur dekat Tesco. Masa aku tengah cari jejari ikan, adalah dua orang pempuan bawak anak sorang satu. Tapi yang sorang tu anak dia dalam troli yang sorang pulak dia dukung anak dia. Aku sempatlah curi pandang muka budak dalam troli tu sebab dia ingatkan aku dengan anak buah aku DANIA. Sebab dia pakai baju kaler pink sama dengan Dania yang kemain banyak baju pinknya. Ok, lupa nak cakap ni budak pempuan. 

Dah nama pun budak kan, mestilah excited tengok benda – benda yang ada depan mata dia. Masa dalam troli tu dia tunjuk – tunjuklah benda yang dia nampak macam menarik sambil melompat – lompat. Tapi mak dia boleh pukul dan marah dia. Depan orang pulak tu. Aku ingat lagi beberapa word dia lemparkan pada anak dia.

“Baik ko diam, kalau tak aku lempang ko kat sini.”

“Kan mama dah cakap duduk je elok – elok tak boleh ke?” (Masa ni nada dia memang tinggi. Semua orang pandang dia.)

Aku masa tu dah pandang sipi – sipi budak tu. Kesian sangat. Lepas dia marah tu dorang boleh tinggalkan budak tu dalam 10 meter daripada kedudukan budak tu dalam troli. Patut jugak budak tu terlompat – lompat sebab ditinggalkan macam tu je. Mesti dia takut duk sorang – sorang dalam troli tu. Lepas tu aku nampak ada sorang makcik dalam lingkungan 50an datang kat budak tu. Dari cara dia bercakap, aku dapat rasa tu nenek dia. 

Dan ternyata tekaan aku tepat sekali kerana pempuan yang marahkan anaknya tadi mula bertanya macam ni dekat makcik tu.

“Mak ke mana je tadi?”

*******

Aku tahu, aku ni tak layak lagi nak judge benda berkaitan dengan ‘anak’ sebab aku takde anak sendiri lagi. Tapi bagi aku, bila kita berada di tempat awam kita kena behave diri kita sendiri. Kena kawal diri. Kena jaga air muka orang yang kita nak marah ke atau maki. Memanglah dalam kes ni yang kene maki tu budak – budak. Tapi kalau dari dia kecik lagi kita dah buat dia macam tu, tak mustahil sampai dia besar nanti kita akan buat macam tu jugak. 

Aku ni pun garang jugak bila jaga anak buah aku. Tapi kalau depan public aku try sebaik mungkin untuk layan kerenah anak buah aku. Sebab budak – budak ni kalau depan public memang mudah hilang kawalan. Macam – macam dorang nak ‘terkam’. Senang cakap macam kita dulu – dulu. Ke aku sorang je macam tu? Huhu~


 bayangkan budak secomel ni kene cubit + tengking kat depan public.. hurm..eh, ni sekadar gambar hiasan ye..sbb nia anak buah aku.. DANIA =)

Kesimpulannya, kalau anak atau anak buah menangis apa kata kita cubit je tak pun tengking depan khalayak ramai. Biar semua orang tahu yang kita ni kononnya ibubapa yang berdisiplin dan berhati waja dalam mendidik anak – anak. Lepas tu, dapat pulak pahala hasil kutukan orang ramai yang berbakul – bakul atas apa yang kita dah buat tu. 

Ok, pesanan penaja – kesimpulan itu punya maksud yang mendalam. Jadi fikir dan fahami dengan teliti. Bye.




Comments

Qaseh Ziera said…
saya pon kadang2 kena bersabar ngan karenah anak...lagi2 kat public...menguji kesabaran...
emarieys said…
nak marah anak depan orang kena pandai cover..
Nieda said…
Kesian budak.
Mak bapak dia emosi sbb akhir bulan hihi
pena rozie said…
ish.. jangan buat mcm tu la
kurus said…
ada banyak cara org mengajar anak ..
sampai ada suatu ketika kita melihat kes budak di gari di tandas .. banyak yg marah dan ramai juga menyatakan kemungkinan ibu bapa kanak2 itu stress dengan kedegilan anak dia ..

tapi pada pandangan akak , secara rasional dan warasnya kita , jgn sampai kita "BUNUH" anak kita .. mengajar memang banyak cara begitu juga menyelesaikan sesuatu masalah .. dlm hal ini kewarasan ibu dan bapa amat2 diperlukan .. dan ini adalah bertitik tolak dengan asal didikan ibu bapa ini oleh ibu bapa mereka dulu ...

jadi kewarasan dan kasih sayang ibu bapa amat dititikberatkan kerana dalam hal ini , walau bagaimana sekalipunn kanak2 adalah mangsanya .. ;)
eVa said…
huhuh tedah ow.. mek kdg2 ada nemu juak.. bila mbak anak ke pasar, mok tahan sabar.. sbb olah nya x kta jangka bh.. nya akan2 lebih gik.. hehe.. cute tp geram nak ahaha
Unknown said…
tak suka tengok parents buat macam tu kat anak kecik dorang. kesian kan, mesti budak tu blur. apa salah dia. Kalau nak tarik perhatian public pun, agak-agak la kan. jangan sampai malukan anak.

p/s: beruntung Eza dapat parents Eza yang jenis pandai cover depan public walaupun marah, sebab Eza jenis main tunjuk je kalau beli. -_-'.
AYuNG said…
yg penting, kena la pandai marahkan anak....kena tgk tempat, waktu dan ketika jugak..hehe

chewaaahhh~~~
fRaMe+LenSeS said…
tegur bebaik kan bagus. taleh nak kata juga kan? nadh pn lum jadi laki orang. tapi sepanjang pengalaman mengasuh, senang je nak jaga depa ni. kita kena la bebaik dengan depa. tegur bebaik. depa dengaQ aihh. :D
Udak Dilah said…
Senang je nak atasi masalah ni..Jangan bawa anak pergi shopping. Tinggal je kat rumah atau duduk dalam kereta dengan mamanya. Biar suami yang beli barang. Trend sekarang kena ubah. Asyik isteri je yang beli barang dapur tapi si suami duduk dalam kereta online FB. Nak kata kaum lelaki ni tak reti nak beli barang mustahil. Pesanan buat Isteri-isteri yang kat rumah sediakan senarai yang nak dibeli...Kalau suami tak nak beli janganlah memasaklah. Masak je apa yang ada...Kalau nak pukul anak biar umurnya 10 tahun. Nak tengkingpun tak guna sebab budak kecil bukannya faham...
YattAkasah said…
kite suke bdak2..siannye yg kne cubit tu..aduhai..hope kawen nnt..dpt suami yg pndai lyn krenah ank2..

yg kdua tu plak..ajar ank cmtu..da bsar dorg bole jdi org yg karekter yg tak brape nk baik..srius..
Namee Roslan said…
kat public, kena lah jaga benda2 macam tu. malu anak tu kalau kena tamapar depan orang. kan ? namee pernah nmpak kt klcc ada org tu pukul anak dia depan org.malu budak tu. :(
aindzaya said…
siyesly sakit ati pulak bila baca..ain nak marah adik sendiri pun takut..nikan pula nak tengking...anak sendiri lg la...budak2 nakal besalah..namapun budak2..xkan nak jadi pasif je kot...x chumill la camtu..klu ain bia hyperactive pun takpe..sbb bia budak2 rasa hidup dgn kebesan dgn gembira TAPI di bawah pengawasan org tua..klu dah lebih 10 tahun nak rotan tu mmg wajarlah...mara pun da bole..klu ta dgar kata..haisshh! terpanjang lak komen...sakit hati lak bila baca entri nie..huhuhu

Apa sebenarnya hukum pakai contact lens?!
dilazfamily said…
macam-macam ragam kan...nak marah anak tu elok-eloklah.budak sekarang kena cakap elok2 baru nak dengar
Ann Ishak said…
nasib dua kejadian tu takde adegan tangan ketam kan, tu lagi sakit wooooo mau lebam pulak budak tu nanti

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.