Petang Di Kundasang.
lepas jalan2 di Kundasang War Memorial , aku dengan encik suami berjalan pulak ke pasar kundasang. yang gerai jual2 tepi jalan tu. sayur2 dekat sini memang segar bugar. deretan kedai2 sini panjang jugak dan belum pernah aku sampai ke hujung. malas nak jalan pun ada jugak. lagipun bukannya beli apa2. tapi sape yang nak beli sayur sini dan suruh orang kedai makan masakkan untuk kita pun boleh~ tapi aku tak sure kedai makan yang manalah ya. walaupun tak beli apa2, tetap singgah kat sini jugak. dah macam perkara wajib di buatlah kalau sampai kundasang ni :) tengok sayur terus teringat betapa sedapnya kalau dibuat steamboat *telan air liur* kat sini bukan setakat sayur je. strawberry pun ada jual tapi versi yang kecik2lah. bunga2. madu. kerepek2. rumah warna - warni ni, chalet yang betul2 berdepan dengan gerai jual2 ni. nampaklah gunung kinabalu pada yang sape2 check ini sini. dah jalan2 tengok sayur, aku ajak enci...