Posts

Tentang Apam Polkadot.

Image
Assalammualaikum.. Muncul je terus citer pasal makanan. Biasalah kan, aku dengan makanan memang tak dapat dipisahkan (terus terbayang nasi arab kambing yang nasinya kalau makan seramai patratusduapluh orang pun tak habis makan! – ok. tipu) Sebelum aku balik kampung hari tu, aku sempat beli acuan lompang. Kalau korang nak tahu, sebelum ni aku memang tak kenal pun acuan lompang. Aku rasa, kalau aku terlanggar bahu dengan dia kat pasar malam pun dah pasti aku buat tak tau je. Tapi.. bila aku godek – godek resepi apam polkadot ni, aku perasan sume duk cakap pasal acuan ni. Maka dengan semangat yang padu lagi jitu aku pun terus carik acuan tu. Bila jumpa terus beli 4 dozen. Dan bila sampai ke kampung terus mak aku pau acuan aku tu. Dia cakap, nanti kau belilah lagi. Nasib baik yang pau tu mak. Kalau orang lain. Siaplah aku mintak duit acuan tu siap dengan charge naik flight lagi. Ehem~ Jadi,bila dah ada acuan tu aku terus buat apam polkadot yang dah lama popular tapi...

Entri Versi Penulisan Terbaru.

Image
Assalammualaikum..  Sekarang ni masa hati beku. Beku macam ketul ais tu. Nak diketuk takut pecah seribu. Mana tahu makin parah hatiku. Tak pasal – pasal nanti masuk pulak ICU. Yang susah siapa jugak nanti kalau bukan aku? Entahlah kan, kadang – kadang tak tahu nak cakap apa. Tapi tangan gatal jugak menaip tak ketahuan hala. Nak jadikan entri katanya. Sebab blog dah berhabuk berkurun lama. Bukan tak nak up kan entri segala. Line kat kampung ni buat kesabaran ku tercabar. Apa taknya kalau asyik loading memanjang saja. Nak merungut pun tak guna, bukannya line terus laju macam roket di langit sana :(  Sebenarnya aku baru balik dari bercuti. Kan dah cakap sebelum ni, yang aku bercuti bersama family. Walaupun hanya bercuti di Miri, tapi kepuasan tetap terasa di hati. Yelah aktiviti macam ni kan setahun sekali. Haruslah perasaan hepi bersemi di dalam hati.  Tapi bila dah balik ke Kuching hati yang hepi jadi suam – suam kuku. Sebab dapat ...

Balik Kuching Sebelum Bercuti Ke Miri.

Image
Assalammualaikum..  Esok 26hb 5. Jadi esok jugaklah aku akan balik ke kampung aku di Kuching, Sarawak! Yeah :D  Mula - mula nak balik time pilihan raya je nanti, tapi bila adik - beradik aku buat plan nak ke Miri 31hb ni terus aku booked tiket flight. Memandangkan time ni dah musim sekolah jadi mahal sikitlah tiketnya. Tapi takpelah, bercuti dengan adik beradik punya pasal aku sanggup balik jugak. Hehe.  Sebenarnya tahun lepas kita adik - beradik ke bercuti ke Miri dan Sabah. Musim cuti sekolah macam ni jugak. Tapi masa tu kita orang gerak dari Kuching hanya 2 buah kereta. Transit semalam kat rumah Abang Dilah dan keesokkannya pulak terus ke Sabah. Kiranya dari Miri ke Sabah kita orang konvoi 3 buah kereta.  Ni antara gambar kita orang tahun lepas kat Desa Dairy Farm, Mesilau, Sabah.  Serius best! Cameron Highland pun tak sebest kat sini. Lagi best bila pergi dengan ahli keluarga :') Tapi tahun ni kita orang hanya akan ke...

Makanan Yang Menghalang Untuk Berdiet.

Image
Assalammualaikum..  Memandangkan tahap 'kecomelan' badan dah semakin memberansangkan, maka aku ingin jugak berdiet. Cara diet aku ni antaranya kurangkan kuantiti nasi. Nak tinggalkan nasi terus rasanya tak mampu sebab hubungan aku dengan nasi umpama isi dan kuku :')  Tapi kan, dalam keghairahan nak berdiet ni, ada beberapa makanan yang PASTI menjejaskan diet aku. Kalau dalam mode diet tu nak kurangkan nasi, tapi bila jumpa makanan-makanan ini, diet tolak ke tepi dan nasi ditambah dua tiga kali -.-' Jom tengok apakah makanan yang berjaya menawan selera anak cucu cicit tekak aku ni : 1) Sambal Goreng Asam Kumbang.  Oh yeah! Ni adalah sambal feveret aku sejak kecik lagi. Takde lauk lain pun takpe. Asalkan sambal ni ada. Makan sampai 2 ke 3 pinggan nasi. Serius. Tak tipu punya. 2) Dabai Masin Goreng. Buah dabai memang popular di Sarawak. Kalau kau bagi orang Sarawak pilih antara kepsi dengan buah dabai ni, dah sah - s...

Tetap Seorang Pembaca.

Image
Assalammualaikum..  Walaupun pesta buku dah berlalu, tapi kenangan dia masih segar di ingatan. Ewah!  Tapi walaupun sekarang dah boleh dikatakan memegang title sebagai penulis novel (ehem ;p) tapi title sebagai pembaca tu tetap dipegang sampai bila - bila.  Jadi, masa di pesta buku aku hanya mampu membeli 13 buah novel dan 1 majalah. Total sume novel dengan majalah ni dalam RM 265.70. Inilah kali pertama aku shopping novel sejak aku hidup di muka bumi ni. Selalu aku beli seketul je novel dekat kedai buku tau. Tu pun setahun dua tiga kali je aku beli. Sebab aku ni bukanlah pembaca novel yang tegar :) Okay, nilah hasil borongan. Novel Cahaya Qaseh tu saja nak interframe. Nak bagi promote sikit. Kehkehkeh~  Novel JAUH DARI CINTA, TERLERAI KASIH, TEDUHAN KASIH , DATANG PADA WAKTUNYA , KEA, MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA dan SUNAN MUSAFIR telah dibeli berserta dengan tandangan penulisnya sekali. Semangat kan aku ni? Hihi.  Tapi d...

Teluk Senangin, Perak.

Image
Assalammualaikum.. "Jom Terokai Perak!"  Itulah tagline kita hari ni. Esok lusa kita buat tagline ni pulak ye.  "Jom Terokai Sarawak!" (Ewah ;p) Okay. Hari tu kita orang pegi buat testing dekat Batu Undan, Segari. Dah siap buat testing tu terus balik Ipoh tapi ikut jalan Pantai Remis. Konon - kononnya nak cari ikan ke ketam ke duyung ke kat situ. Tapi bila dalam perjalanan tu, mata aku ternampak signboard yang tertulis TELUK SENANGIN. Memandangkan pernah pegi Teluk Batik, jadi aku pun assume tempat yang berpangkal TELUK ni mesti tempat peranginan. Jadi, dengan muka tak malu ajak boss jalan kat sana. Kejap pun jadilah. Nasib baik boss aku tu okay, jadi kita orang pun terus masuk ke simpang Teluk Senangin. Tapi perjalanan nak ke teluk ni punyalah sunyi. Hanya ada seketul dua ketul kenderaan je. Kiri kanan sume pokok kelapa sawit. Kalau pokok anggur ke, epal ke, teruja sikit anak mata ni kan? Tapi, itu tak mematahkan semangat ...

Tentang Susu.

Image
Assalammualaikum...  Susu memang tak sume orang dapat minum. Kecuali baby yang memang perlukan susu. Dalam keluarga kita orang rasanya kakak aku yang memang anti-tahap-tak-hengat-dunia dengan susu ni. Tak kiralah air susu ke, keropok susu ke, biskut susu..Memang dia tolak tanpa ragu - ragu. Kau pujuk macam mana pun dia, dia takkan makan/minum. Aku dulu pun macam tu, tapi bila aku dah masuk UiTM pada 2006, aku dah mula minum susu. Susu pilihan aku adalah susu Every Day. Cuma kene minum time dia masih panas - panas. Kalau dah sejuk jangan harap aku nak minum. Sebab susu ni kalau dah sejuk bagi aku tak berapa sedap.Bukan tak berapa sedap, tapi memang tak sedap langsung :( Tapi bila umur makin meningkat ni, di tambah pulak dengan iklan susu Anlene kat tv tu membuatkan aku teringin nak try susu Anlene pulak.Jadi belilah sebungkus.  Kiranya berjaya jugaklah iklan tu menarik minat aku untuk beli produk dia. Huhu. Sebab kalau dalam adopter category (mar...