Canopy Walkway/Jambatan Atas Pokok di Poring Hot Spring.
masih berkisar di sabah. cerita tahun lepas. dan canopy walkway ni antara tempat yang aku nak sangat2 pergi. tak taulah kenapa aku semangat sangat nak naik jambatan kecik tergantung atas pokok tu. canopy walkway ni dalam Poring Hot Spring jugak. cuma kena jalan sikit. bayar lagi. tapi taklah mahal sangat. ambik gambar dulu. banyakkan tempat2 yang ada kat sini. tapi misi utama kita canopy walkway yeyyyy! nampak tak atas tu. situlah check point kita~ kena bayar RM3 dan kamera pun kena bayar tapi tak ingat berapa T_T tapi diingatkan siapa yang ada masalah sakit jantung, gayat dan darah tinggi--diminta fikir 378824629 kali nak ke tempat ni. aku ingatkan lepas bayar teruslah ada jambatan tu tapiiiii~ indah khabar dari rupa. rupa2nya kena jalan naik bukit sampai satu saat aku give up! serius. baru naik sini, kalau naik gunung kinabalu mahu pengsan di kaki bukit aku dibuatnya. stamina takde langsung huh! nasib ba...