Ipoh - WANG KELIAN - Padang Besar - Ipoh (Part 1)
Assalammualaikum.. Ada part pulak~ hahaha. Bukan panjang mana pun sebenarnya, sebab entry ni khas untuk Wang Kelian je. Sebab tu tajuk dia Wang Kelian hurufnya dibesarkan :) Sabtu lepas, 21hb. Aku ke Perlis. Motif nak ke Wang Kelian dan Padang Besar. Padang Besar aku dah pernah pergi dua ke tiga kali macam tu tapi Wang Kelian tak pernah lagi. Gerak daripada Ipoh pukul 3.45 pagi. Nak ke Wang Kelian ikut je jalan nak ke Gua Kelam. Aku tak pandai sangat bagi direction ni tapi aku ingatlah jalan dia memang ke Gua Kelam. Dan jalan nak ke Wang Kelian berbukit - bukit. Ada yang kata macam Bukit Putus, N9. Ada yang cakap macam jalan Tapah nak ke Cameron Highland. Bila aku pergi sendiri, aku rasa Bukit Putus laluan nya sedikit panjang berbanding jalan ke Wang Kelian ni. Kalau jalan Tapah pulak, tar dia sendiri teruk dan jalan sempit. Kalau Wang Kelian ni, jalan dia cantik dan besar sikit. Cuma selekoh jalan ke Wang Kelian ni agak tajam. So hati - hati. ...