Bawa Kucing Jalan - Jalan Di Cameron Highland
Assalammualaikum. Anak buah aku ada sini, jadi bawalah dia jalan - jalan dekat Cameron Highland walaupun sebelum ni dia dah pernah pergi. Ipoh je pun kan, bukannya jauh mana. Lagipun bukan aku yang drive ;D Memandangkan aku dengan 'dia' dah berhajat nak bawak Dian dan Gege naik Cameron, jadi kita orang pun bawaklah budak dorang tu sekali. Oh ye, Dian dengan Gege tu kucing okey. Jangan kau fikir manusia pulak T_T Mesti ada yang cakap, "dah kenapa nak bawak kucing sekali? kucing kut..bukannya manusia yang tau erti jalan2" Hey - hey! Kalau nak tahu Dian dengan Gege ni dah sampai Melaka okey. Taiping. Teluk Intan. Kuala Selangor. Nasib baik nak bawak naik 'belon' banyak sangat prosedurnya kalau tak mahu jugak aku bawak balik Kuching ;p Dian dengan anak buah aku Iena :) Masa ni Dian cool je. Tak menggeletar walaupun sejuk. Beginilah, Dian dengan Gege ni kucing indoor walaupun asalnya kucing liar. Rumah aku ni rumah flat. Boleh t...