Petua Kesihatan Kulit Wajah.
Assalammualaikum.. Hari ni nak kongsi sikit petua ‘kesihatan’ wajah. Kenapa bukan petua ‘kecantikan’ wajah? Sebab aku tak nak taksub sangat dengan perkataan cantik tu, tapi biarlah aku taksub dengan perkataan kesihatan. . *boleh pulak macam tu kan? Hehe~ Okay, petua ni diambik dari pengalaman aku sendiri. Kita bermula dengan petua ; Petua Kurangkan Jerawat. Nak kurangkan jerawat senang je iaitu jangan picit jerawat tersebut. Kalau kita picit jerawat, air jerawat tu nanti akan terkena bahagian kulit lain dan secara tak langsung akan membuatkan ia menjadi benih untuk pertumbuhan jerawat yang baru. Jadi, control kan sikit tangan tu daripada nak memicit ye.. JANGAN picit jerawat macam ni.. Petua Hilangkan Jerawat. Nak hilangkan jerawat yang baru nak tumbuh pun senang. Dan aku memang amalkan petua ni iaitu dengan meletakkan hirisan kentang pada jerawat yang baru nak tumbuh tu . Caranya, hiris kentang senipis mungkin dan potong kecik – kecik sebelum letak pada jerawat. Biark...