Resepi Spaghetti Bolognese
Assalammualaikum.
Hari ni nak share resepi spaghetti bolognese. Bagi aku nak buat spaghetti ni takdelah susah mana. Bahan - bahan dia pun senang aje. Aku ni kadang - kadang kalau dah malas, aku guna sos spaghetti yang ready made tu. Senang. Tak payah nak renyah sangat ;D
Tapi hari ni kita buat versi renyah sikit. Sikit je. Tak banyak pun~
Bahan - bahan :
Spaghetti
Daging kisar
Bawang putih di cincang halus
Tomato dipotong dadu
Cendawan shitake segar dihiris kasar (guna cendawan dalam tin pun boleh)
Sedikit sos tomato
Sedikit cili kisar (kalau nak pedas letaklah lebih)
1/2 peket instant soup (tak kisah brand campbell's or vono)
Minyak
Parutan keju
Cara Membuatnya :
Celur spaghetti. Letak minyak sikit untuk elak spagehetti melekat. Celur tu jangan terlalu lama. Dah siap celur, toskan.
Untuk sosnya pula :
Panaskan minyak. Tumis bawang putih sampai kekuningan. Masukkan cili kisar. Gaul seketika.
Masukkan daging kisar. Biarkan daging masak.Masukkan tomato dan cendawan. Tambah air sedikit.
Tambah sedikit sos tomato. Untuk pekatkan sos, masukkan instant soup. Kacau sehingga sebati. Kepekatan sos ikut citrasa masing - masing. Kalau nak pekat, tak payah tambah air lagi. Tapi aku suka sos dia cair sikit. So, tambahlah air.
Lepas tu boleh dihidangkan dengan spaghetti dan dihias dengan parutan keju.
Siap!
p/s - Selamat mencuba :)
Comments