Caramel Cheese Pudding
Assalammualaikum..
Hari tu mood rajin datang menyinggah. Tekak pulak terasa nak makan puding karamel. Terus cari resepi puding karamel buat kali ke seratus lapan belas walaupun dalam folder resepi dah berderet resepi puding karamel dari pelbagai versi.
Cari punya cari, akhirnya aku terjumpa dengan RESEPI CARAMEL CHEESE PUDDING dari SINI. Sebelum ni buat puding karamel yang biasa - biasa tu je tapi kali ni dia ada cheese. Nasib baik cream cheese ada kat rumah. Jadi, terhasillah Caramel Cheese Pudding seperti kat bawah!
Nampak tak kehenseman dia? Rasanya pun hensem, tahu! TAPI.. ini adalah versi kukus! Rumah sewa aku ni masih tandus dengan oven. Dengan lafaz bismillah, aku cuba berani mati je masa nak kukus dia ni. Puas aku carik ada tak orang buat pudding ni dengan cara mengukus, tapi hampa.
Lama jugak aku nak mengukus dia ni. Dalam 2 ke 3 jam. Aku pun tak tau kenapa lama sangat. Ke api aku kecik sangat masa tu? Aku tau dia masak bila aku cucuk lidi pada pudding dan ia tak melekat pada pudding tu, maksudnya masaklah tu.
Ini pulak yang aku potong lepas seharian dia dalam peti sejuk. Makan time panas, pudding pulak sejuk. Bila masuk ke tekak rasanya sedap bagai nak mintak penampar! Lagi - lagi bila makan secara berjemaah. Mahu tak heaven!
Cuma aku ni selalunya akan makan 1 potong ni aje. Lepas tu suruh orang perabiskan. Siyes, aku suka buat benda - benda macam ni tapi makan tu kurang sikit. Dan aku suka tengok orang makan apa yang aku masak atau buat. Sebab tu sekarang ni bila aku balik kampung macam - macam anak kakak aku mintak aku buat. Paling dorang suka Tiramisu.
Err..pada yang nak resepi dia, korang leh ikut kat SINI ye. Aku memang ikut resepi tu tapi aku buat versi kukus. Yang dalam resepi ori tu dia buat versi bakar. SELAMAT MENCUBA ^^
p/s - untuk memastikan pudding korang menjadi, baik korang jangan ambik risiko macam yang aku ambik ye. Korang bakar je pudding macam dalam resepi dia. Tapi kalau dah takde oven tu, tawakal jelah macam aku buat tu. Ehem~
Comments