Entri Versi Penulisan Terbaru.
Assalammualaikum..
Sekarang
ni masa hati beku. Beku macam ketul ais tu. Nak diketuk takut pecah seribu.
Mana tahu makin parah hatiku. Tak pasal – pasal nanti masuk pulak ICU. Yang
susah siapa jugak nanti kalau bukan aku?
Entahlah
kan, kadang – kadang tak tahu nak cakap apa. Tapi tangan gatal jugak menaip tak
ketahuan hala. Nak jadikan entri katanya. Sebab blog dah berhabuk berkurun
lama. Bukan tak nak up kan entri segala. Line kat kampung ni buat kesabaran ku
tercabar. Apa taknya kalau asyik loading memanjang saja. Nak merungut pun tak
guna, bukannya line terus laju macam roket di langit sana :(
Sebenarnya
aku baru balik dari bercuti. Kan dah cakap sebelum ni, yang aku bercuti bersama
family. Walaupun hanya bercuti di Miri, tapi kepuasan tetap terasa di hati.
Yelah aktiviti macam ni kan setahun sekali. Haruslah perasaan hepi bersemi di
dalam hati.
Tapi
bila dah balik ke Kuching hati yang hepi jadi suam – suam kuku. Sebab dapat
berita yang tak berapa nak best you! Berita apa tak yah lah aku bagi tahu. Biasalah
hidup ni kan, takkan nak hepi je selalu. Ada saja cara Allah nak test aku dan
kamu – kamu. Jadi kene siap sedia selalu..
Okaylah,
bila line dah okay nanti aku balas kunjungan korang. Sebab masa aku menaip ni
pun line dah hilang datang. Gambar pun seketul je dapat tampal. Tu pun menunggunya
punya berjam – jam.
Apa
– apapun terima kasih atas kesudian, singgah di rumah yang tuannya kejap –
kejap hilang :)
p/s
– amacam entri ni? versi penulisan terbaru katanya ;D cool kan? berirama je
time baca. Persis baca sebuah puisi, tak gitu? *Sukahati aku je nak berirama
segala. Haha.
Comments
Ada enrty berirama pulak mlm ni...heheh