Cameron Highland.
Assalammualaikum…
Hari tu, boss aku ajak naik Cameron. Nak testing cabinet TM kat Tanah Rata katanya. Aku apa lagi, teruslah buat lompat bintang kat situ tanda keterujaan yang melampau. Okay, tipu. Yang tak tipunya, ayat pertama dan kedua je ;D
Jadi, pegilah kita orang ke Cameron Highland seawal pukul tujuh lebih pagi. Takdelah awal sangat tu kan? Dan rasanya ini kali ke – 5 aku naik Cameron. Last naik masa anak buah aku bercuti kat sini dulu.
Tapi siyes, sampai sekarang aku tak pernah bosan pegi sana. Dan kalau boleh every month nak naik Cameron, nak beli sayur, buah, dan bunga… lagipun view kat sana cantik sangat :')
Okaylah, kita tengok gambar jelah ye ^^
dah sampai Tanah Rata. cabinet TM berada depan sikit dari pokok yang besar tu.kejap je pun nak testing. Tak sampai setengah jam pun.
Lepas buat testing, kita orang singgah kejap ke Taman Agro Al - Mashoor ni. Boss aku cakap mak dia suruh dia beli jem strawberry kat sini. Katanya, jem kat sini sedap..
Kalau naik Cameron memang tak sah kalau tak singgah pasar kat Brichang ni. Nasib baik pegi hari biasa, jadi takdelah sesak sangat.
Lepas tu, destinasi terakhir Pusat Strawberry Dan Kebun Rich Flora (kalau tak silap nilah nama dia).
Tengok buah markisa kat kebun ni. Nampak sedap kan?
Kalau aku naik Cameron, inilah check point terakhir yang aku singgah. Hihi. Kalau dari Cameron, nak turun ke Ipoh, korang akan jumpa Rich Flora ni.. Tapi kalau korang turun dari Cameron ikut Tapah, memang takdelah jumpa.
Kat sini jugak korang boleh beli strawberry dan petik sendiri. Tapi aku tak beli pun. Sebab aku kurang minat makan buah yang bagi aku lambang cinta ni. Eh, tetiba -.-'
Nilah hasil borongan aku. Sayur beli RM10 dapat 13 bungkus. Jadi dapatlah campur - campur. Yang dalam bekas tu petik sendiri dekat dengan Rich Flora tu. Kalau tak silap dalam RM3 - sekilo. Boleh campur sume sayur - sayur yang ada dalam bekas tu.
Nampak tak kelopak bunga tu? 3 bungkus RM5. Aku suka beli sebab aku suka mandi bunga. Jangan fikir bukan - bukan pulak. Aku memang suka mandi bunga dan mandi daun tau. Sebab baik untuk kesihatan kulit dan kesihatan dalaman. Ini salah satu petua lama.
Dan dalam botol besar tu jem strawberry. Botol kecik tu pulak madu lebah. Sedap. Puas hati sangat beli. Jem dengan madu ni tadi, di beli kat Taman Agro Al - Mashoor yang aku cakap kat atas tu.
Jadi, itulah citernya masa naik Cameron hari tu. Dah nama pun ikut untuk buat keje kan, jadi takdelah nak menyeleweng ke tempat lain sangat. Kalau tak, sume ladang aku nak masuk. Hahaha~ Apa - pun, Cameron tetap di hati, selain Kundasang, Sabah :')
p/s - lebih suka kawasan tanah tinggi berbanding persisiran pantai..
Comments
satu lg.. buah markisa dgn strawberry!! perghh kombinasi best utk pavlova. :)