Cahaya Qaseh Di Pesta Buku.
Assalammualaikum...
Jumaat ni bermula Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Pesta ni berlangsung selama seminggu. Jadi, pada sape - sape yang suka dengan buku tu, silalah ambik peluang yang ada ni.
Dan, bagi peminat novel pulak, apa kata korang ke booth Karyaseni (KS). Dan yang paling penting dapatkan sekali novel pertama aku yang berjudul Cahaya Qaseh. Hehe. Pada yang tak minat novel tu, takpe, korang boleh war-warkan berita ini kepada kawan - kawan korang. Aku percaya, mesti ada sorang dua kawan korang suka baca novel kan? So, selitkan sekalilah novel aku kat situ, okay? (sambil buat muka tak malu)
Meh, aku bagi sinopsis novel ni ;
“Ada masalah ke kalau aku nak raih semula cinta dia?” tanya Tengku Aiman pula. Iman Hafifi hanya menjadi pendengar. Tidak mahu masuk campur.
“Tapi aku tengok Qaseh tu bukan main benci lagi kat kau dah. Sudah-sudahlah tu, Aiman. Baik kau cari perempuan lain. Tak pun kau ambik je Damia yang sampai sekarang masih terhegeh- hegeh kat kau tu. Buang masa je kau tunggu Qaseh.” Sinis sahaja Amri berkata-kata. Tengku Aiman tergelak kecil.
“Aku rasa kalau aku buang masa sampai mati sekali pun aku tak kisah. Lagipun aku tak sakitkan hati orang lain. Tak macam kau, dah ada anak bini pun masih ada hati lagi kat Cahaya. Kau ingat aku tak tahu ke? Jadi, aku rasa kau yang patut sedar diri sikit. Jaga je anak bini kat rumah tu, daripada kau jaga Cahaya kat sini.” Sela Tengku Aiman bersama hujah yang cukup panjang. Air muka Amri terus berubah.
Tengku Aiman, Amri dan Iman Hafifi. Tiga lelaki berbeza tapi mempunyai rasa yang sama iaitu rasa ingin memiliki hati Cahaya Qaseh. Namun tanpa mereka sedar, keinginan mereka itu membuatkan Cahaya Qaseh sering diherdik dan dihina oleh kekasih hati masing-masing.
Akhirnya, setelah puas berfikir, Cahaya Qaseh mengambil keputusan untuk menerima lamaran Tengku Aiman yang juga merupakan kekasih pertamanya. Tapi sayang, pilihan yang dibuat itu menyebabkan dia terpaksa berdepan pula dengan Syuhada dan Auntie Norly. Kedua-dua anak beranak ini punya agenda tersendiri. Selagi Cahaya Qaseh tidak tersungkur, selagi itulah mereka mengatur strategi.
Tapi adakah Cahaya Qaseh hanya mendiamkan diri bila dirinya dipijak lumat oleh orang lain? Jadi, ikutilah perjalanan hidup gadis bernama Cahaya Qaseh yang penuh dengan suka, duka, romantis dan bahagia…
Judul : Cahaya Qaseh
Penulis : Kathy Tuah
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM22.00
Sabah/Sarawak : RM25.00
Aku jugak akan berada di booth KS pada 1/5 dan 5/5. Sebenarnya aku ambik date 28/4 dan 5/5 tapi ada perhimpunan Bersih pulak. Memandangkan kita tak tahu apa yang akan berlaku pada 28/4 tu, maka aku pun mintak dengan dorang KS tukar dari 28/4 tu ke 1/5. Tapi, bila tengok jadual keluar, aku sorang je penulis yang ada pada 1/5 tu.. adeh! So, sape yang pegi 1/5 tu jenguk - jenguklah aku kat sana ye. Bukan jenguk sebagai penulis, tapi jenguk sebagai rakan blogger :')
Tapi, ada ke orang nak jumpa aku nanti? Adoi..Cuak pulak! Dahlah tak familiar dengan pwtc tu. Ya Allah, Kau permudahkan urusanku...amin..
p/s - dulu masa study aku ambik course Marketing, jadi bila melibatkan hal promote mem'promote, ni aku over sikit. Hehe. Sori ye ^^
Comments
tahniah.. nanti nak kena jual pavlova sampai dpt 22 hengget. nak beli novel awak. hehe.
Btw, insyaAllah klo ada rezeki kinch akan ke sane.. Hope dapat la meet u.. ;)
amin.. ada kat kedai buku biasa, tapi lepas pesta buku kut baru ada ^^
kmk cadangkan ktk beli terus melalui KS, ada discount ^^
eh, lupak nak madah yg buku tok lum kuar di pasaran..lepas pesta buku bok ada ^^
kalau akk minat novel , sure akk pun selalu buat entry novel kannn ;)
dulu msa dk um...msti g pesta buku...
skrg ssh r...
dulu masa kt um slalu jgk g pesta buku...
tahniah
setakat ni saya kenal blogger yg dah jadi penulis adalah kak Hanis Azla..novel dia pun best!! harap dpt baca KT punya karya...
best!!
dpt jumpe n signature k.kathy juga mse pesta buku ari tu,,,