Posts

Majlis Akad Nikah Kathy Tuah & Mohd. Azfar

Image
Assalamualaikum..  Alhamdulillah. 8/6/2014 yang lalu, aku sah jadi isteri kepada encik azfar. Syukur Ya Allah. Walaupun hanya sebuah majlis yang ringkas, tetapi tetap bermakna buat kami. Untuk pengetahuan semua, kami hanya membuat majlis akad nikah. tiada majlis resepsi. pelamin dibuat pun untuk sesi bergambar dan selfie ;p Gambar perkenalan haruslah gambar pengantin baru. tak gitu? :) baju biru nilah untuk akad nikah. untuk bergambar di pelamin. dan untuk sesi outdoor. jimat banyak di sini. kehkehkeh.   baiklah. ini permulaan cerita. majlis akad nikah start pukul 9 lebih macam tu (pagi). pihak lelaki datang tepat pada waktunya. tak lambat tak jugak cepat. rombongan lelaki datang jauh dari semenanjung. sebenarnya, aku tak tahu pun belah lelaki ada buat hantaran sebab dah plan awal-awal memang tak ada buat hantaran. jangan pelik ye sebab kat sarawak ni, kalau yang buat hantaran time akad nikah tu dah kira ikut trend terbaru lah tu. sebab kat ...

WALIMATUL URUS KATHY TUAH & MOHD.AZFAR ABU HASSAN

Assalamu'alaikum W.B.T. & Salam Sejahtera "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah al-Rum, ayat 21) Bismillahirrahmanirrahim, dengan pe nuh kesyukuran ke hadrat Ilahi, kami dengan berbesar hati untuk menjemput Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan/ Encik/Cik ke majlis perkahwinan kami, KATHY BINTI TUAH dengan MOHD. AZFAR BIN ABU HASSAN. Pada : 8 JUN 2014 bersamaan 9 SYAABAN 1435H (AHAD) Lokasi : No. 74, Lorong Sandong 2, Kampung Sandong, Jalan Datuk Stephen Yong, 93250, Kuching, Sarawak. Koordinat : N 01’29.023 E 110’17.062 ATURCARA MAJLIS : 0930 pagi : Majlis Akad Nikah 1000 pagi - 1 petang : Jamuan Makan Bunga rampai kami taburi, air mawar direnjis wangi, berkembang kasih menabur budi, undangan kami setulus hati, harap sudi datang menyeri, mendoakan mempelai diberkati...

MALAS.

Image
Assalammualaikum.. Malas. Setiap orang, sikit atau banyak mesti ada sifat malas ni. Tipu kalau cakap tak ada~ Malas aku pulak bukan sikit tapi banyakkkk T_T Antara kemalasan yang ketara adalah updated blog hehehe.. Tapikan.. dalam malas2 aku ni, tak adalah sampai aku tak buat kerja rumah. Masak semua tu. Oh ya, lupa nak bagitau yang aku dah kat Kuching, cuti panjanggg *wink3*Kalau nak diikutkan tahap kemalasan yang ada, memang malas nak buat apa2. Tapi mengenangkan mak, bapak.. maka kugagahkan juga, gitu~ Terpaksa? Terpaksa untuk orang tua kita rasanya tak salah kut? Lagipun takkanlah kau dan tua bangka tapi orang tua jugak yang urus segala2nya? Kan? Buat itu ini untuk mak bapak dapat pahala kut?  Apa2 pun moga sifat malas tak seberapa ini tidak menyusahkan orang lain :) ok. itu je. bye2 ^^ sumber gambar daripada Google ^^

Bawa Kucing Jalan - Jalan Di Cameron Highland

Image
Assalammualaikum.  Anak buah aku ada sini, jadi bawalah dia jalan - jalan dekat Cameron Highland walaupun sebelum ni dia dah pernah pergi. Ipoh je pun kan, bukannya jauh mana. Lagipun bukan aku yang drive ;D Memandangkan aku dengan 'dia' dah berhajat nak bawak Dian dan Gege naik Cameron, jadi kita orang pun bawaklah budak dorang tu sekali.  Oh ye, Dian dengan Gege tu kucing okey. Jangan kau fikir manusia pulak T_T Mesti ada yang cakap, "dah kenapa nak bawak kucing sekali? kucing kut..bukannya manusia yang tau erti jalan2"  Hey - hey! Kalau nak tahu Dian dengan Gege ni dah sampai Melaka okey. Taiping. Teluk Intan. Kuala Selangor. Nasib baik nak bawak naik 'belon' banyak sangat prosedurnya kalau tak mahu jugak aku bawak balik Kuching ;p Dian dengan anak buah aku Iena :) Masa ni Dian cool je. Tak menggeletar walaupun sejuk.  Beginilah, Dian dengan Gege ni kucing indoor walaupun asalnya kucing liar. Rumah aku ni rumah flat. Boleh t...

Resepi Lempeng Pekak.

Image
Assalammualaikum.. Semalam buat kari telur ikan tapi sampai hari ni ada lebihan kari tu. Nak makan dengan nasik, semalam dah makan dengan nasik. Fikir punya fikir, maka terjadilah lempeng pekak. Sebenarnya baru aku tahu nama lempeng ni lempeng pekak sebab selalu aku sebut lempeng je. Hehe. Itu pun tahu daripada blog Cik Mat Gebu. Kiranya idea buat lempeng ni dapat daripada blog dialah. Nak tahu detail tentang resepi ni, klik SINI :) Yang kat bawah ni cara aku buatlah. Dah letak kat FB dengan Istagram sebenarnya, jadi kopipes je yang kat FB dan letak sini ^^ Masukkan 2 cawan tepung gandum, 2 cawan air (agak2), 1 biji telur & secubit garam dalam blender. Blend sampai sebati. Tapis. Panaskan kuali. Oles sikit minyak dan tuang adunan tadi dan buat macam buat kuih lenggang/ketayap. Bila bahagian bawah dah nampak macam dah masak, terbalikkan dgn penuh kasih sayang. Biar sehingga sedikit keperangan. Angkat. Dan lakukan kaedah yg sama sampai adunan habis. Siap! ...

1st Giveaway by BondaQalish

Image
Assalammualaikum.. Seperti biasa, siapa nak join boleh klik SINI atau klik banner di bawah ni :) Hari ini last day tauuuu.. cepat! All the best buat semua. Gittew ^^

1st Giveaway By Fatimah Azzahrah

Image
Assalammualaikum.. Lama gila tak join GA atau contest dekat blog ni. Malam ni terdetik nak berGA lagipun hadiahnya agak menarik :) Pada yang nak join, boleh klik SINI atau klik dekat banner. Ikut syarat penyertaan yang telah ditetapkan dan tunggu hadiah depan pintu. Amboi~ berangan menang terus. Hahaha. Apa - apa pun marilah kita berGA :) p/s - misi mencari GA yang boleh dijoin. hehe.