Posts

Bawa Kucing Jalan - Jalan Di Cameron Highland

Image
Assalammualaikum.  Anak buah aku ada sini, jadi bawalah dia jalan - jalan dekat Cameron Highland walaupun sebelum ni dia dah pernah pergi. Ipoh je pun kan, bukannya jauh mana. Lagipun bukan aku yang drive ;D Memandangkan aku dengan 'dia' dah berhajat nak bawak Dian dan Gege naik Cameron, jadi kita orang pun bawaklah budak dorang tu sekali.  Oh ye, Dian dengan Gege tu kucing okey. Jangan kau fikir manusia pulak T_T Mesti ada yang cakap, "dah kenapa nak bawak kucing sekali? kucing kut..bukannya manusia yang tau erti jalan2"  Hey - hey! Kalau nak tahu Dian dengan Gege ni dah sampai Melaka okey. Taiping. Teluk Intan. Kuala Selangor. Nasib baik nak bawak naik 'belon' banyak sangat prosedurnya kalau tak mahu jugak aku bawak balik Kuching ;p Dian dengan anak buah aku Iena :) Masa ni Dian cool je. Tak menggeletar walaupun sejuk.  Beginilah, Dian dengan Gege ni kucing indoor walaupun asalnya kucing liar. Rumah aku ni rumah flat. Boleh t...

Resepi Lempeng Pekak.

Image
Assalammualaikum.. Semalam buat kari telur ikan tapi sampai hari ni ada lebihan kari tu. Nak makan dengan nasik, semalam dah makan dengan nasik. Fikir punya fikir, maka terjadilah lempeng pekak. Sebenarnya baru aku tahu nama lempeng ni lempeng pekak sebab selalu aku sebut lempeng je. Hehe. Itu pun tahu daripada blog Cik Mat Gebu. Kiranya idea buat lempeng ni dapat daripada blog dialah. Nak tahu detail tentang resepi ni, klik SINI :) Yang kat bawah ni cara aku buatlah. Dah letak kat FB dengan Istagram sebenarnya, jadi kopipes je yang kat FB dan letak sini ^^ Masukkan 2 cawan tepung gandum, 2 cawan air (agak2), 1 biji telur & secubit garam dalam blender. Blend sampai sebati. Tapis. Panaskan kuali. Oles sikit minyak dan tuang adunan tadi dan buat macam buat kuih lenggang/ketayap. Bila bahagian bawah dah nampak macam dah masak, terbalikkan dgn penuh kasih sayang. Biar sehingga sedikit keperangan. Angkat. Dan lakukan kaedah yg sama sampai adunan habis. Siap! ...

1st Giveaway by BondaQalish

Image
Assalammualaikum.. Seperti biasa, siapa nak join boleh klik SINI atau klik banner di bawah ni :) Hari ini last day tauuuu.. cepat! All the best buat semua. Gittew ^^

1st Giveaway By Fatimah Azzahrah

Image
Assalammualaikum.. Lama gila tak join GA atau contest dekat blog ni. Malam ni terdetik nak berGA lagipun hadiahnya agak menarik :) Pada yang nak join, boleh klik SINI atau klik dekat banner. Ikut syarat penyertaan yang telah ditetapkan dan tunggu hadiah depan pintu. Amboi~ berangan menang terus. Hahaha. Apa - apa pun marilah kita berGA :) p/s - misi mencari GA yang boleh dijoin. hehe.

Resepi Kueh Teow Sup Mudah

Image
Assalammualaikum.. Resepi ni mudah dan ringkas. Dan boleh dikatakan sedap jugak ;p Tak nak taip panjang, kita terus tengok resepinya.  Bahan - bahan untuk sup. Daging / ayam yang dipotong kecik. Bawang putih, bawang merah dan halia dihiris2. Rempah ratus 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga)  Garam secukup rasa Serbuk perasa secukup rasa.  Air.   Cara membuatnya. Masukkan semua bahan kecuali garam dan serbuk rasa ke dalam periuk. Rebus sehingga daging/ayam empuk. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Bahan2 Sampingan. Kueh Teow dicelur sekejap je. Sawi dan tauge juga dicelur kejap. Telur separuh masak Sambal kicap (tumbuk cili padi dan bawang putih - gaul dengan kicap, gula dan perah sedikit limau kasturi) Dah settle semua kat atas tu, boleh dihidangkan. Ambik kueh teow, letak sup, campak sawi dan taugeh dan pecahkan telur separuh masak. Letak pulak sambal kicap. SIAP! Mudah d...

Pulanglah MH370

Image
 Assalammualaikum.. Sebenarnya aku tahu berita ni dekat FB. Mula - mula aku ingat benda ni tak betul jadi aku ignore. Bukan apa, selama aku naik belon (kapal terbang) aku langsung tak pernah terfikir yang belon yang aku naik itu akan hilang. Yang aku fikir belon akan terhempas je.  Tahu ~ Hal seperti ini pernah terjadi. Tetapi mungkin disebabkan ia berlaku di luar negara jadi aku anggap benda tu tak akan jadi kat Malaysia. Rupa - rupanya tak ada yang mustahil. Kun faya kun. Gambar atas ni aku ambik dekat Fb. Tengok gambar ni je aku dah sedih :'( apatah lagi tengok video bawah ni :'( dua tiga kali tengok, empat lima kali nangis.  video daripada Youtube. Makin sedih bila ada mulut yang kaitkan benda ini dengan politiklah, dosa orang yang dalam MH370 lah dan yang sama waktu dengannya. Tolonglah, jangan rumitkan keadaan. Benda yang berlaku ni atas izin Tuhan. Kalau sehebat mana pun agenda politik dalam hal ni, tapi kalau tanpa izin Al...

Anak - Anak Saya.

Image
Assalammualaikum.. Akhirnya, muncul jugak entri di blog ni. Setelah sekian lama menyepikan diri. Muncul pulak dengan tajuk yang kemain panas lagikan? Tak kahwin tak apa tahu - tahu buat entri pasal anak. Kau mampu? *gittew~ Oh ye. Sebelum tu nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2014 pada semua. Hari ke - 18 baru nak wish. Nasib baik tak 18 hari lagi nak 2015 baru nak wish kan? Apa - apa pun semoga tahun ni lebih baik daripada tahun lepas. Aminnnnn~  Hari ni nak share pasal anak - anak aku, ataupun lebih jelasnya, anak - anak kucing aku ;D Penghujung tahun 2013, 25 September yang lepas, Encik Tunang (ehem!) tanya dekat aku nak bela kucing tak. Aku ni kalau bela sorang - sorang memang aku tak naklah. Tapi dia cakap kita bela sama - sama. Cuma buat permulaan, dia hantar dulu kucing tu ke rumah aku. Kucing biasa je. Kucing terbiar. Tapi tetap comel :)  Inilah dia anak pertama aku, DIAN nama dia. Nama ni Encik Tunang yang pilih. Masa ni Dian dah siap bawak perg...