klik sekali~

Thursday, March 16, 2017

Ikan Patin Masak Tempoyak

Assalammualaikum :)

Banyak dah post gambar makanan kat instagram tapi jarang post resepi kat sana. Macam tak cukup tanah je nak tulis kat ig. Kalau kat blog bolehlah merapu meraban sikit kehkeh~

Resepi ni aku main campak2 je. Yang campak2 ni lah selalu lupa so sebelum ia terus lupa dan lupa, kita up dulu sini. Simpan untuk rujukan masa depan..

Blend bawang putih & merah & kunyit & cili padi & cili besar. Lepas dah halus sume tu, masukkan tempoyak dan blend lagi. Kiranya blend tempoyak dengan bahan2 tadi lah.

Dalam periuk, masukkan ikan patin yang dah dicuci dengan tepung gandum dan direndam kejap dengan air asam jawa. Masukkan terus bahan kisar tadi. Gaul2 bagi mesra. Tambah air ikut banyak mana nak, barulah pasang api. Bila dah mendidih letak timun dihiris2. Kalau tempoyak tak masam, letak asam keping. Macam aku ni tempoyak masam so takde letak asam lagi. Letak juga daun kesum. Perasakan dengan garam. Biar sampai mendidih.  Siap!


No comments: