Kuih Bahulu Cara Lama Punya!

assalammualaikum & selamat malam ^^


memandang entri INI tadi berunsur SEDIKIT kecewa dengan layanan yang diterima masa di hospital jadi biarlah entri ni berkaitan dengan makanan agar kecewa yang terbit tadi pudar bersama kesedapan kuih bahulu buatan mak ni :')


memandangkan mak sorang yang buat dan bakar jadi aku tak tahu resepi kesedapan kuih bahulu mak ni. nak tanya tapi mak dah masuk tido. so nanti aku up kan entri resepinya ye. jadi aku up kan dulu gambar2nya dan cara macam mana nak bakar guna dapur kayu.




1) mula2 sapukan minyak kat acuan kuih bahulu. pastikan acuan dah panas ye puan2. *sebelum tu kenelah hidupkan api supaya leh panaskan acuan tu*





2) pastu korang masukkan adunan ke dalam acuan tadi dengan penuh berhati2 supaya ia tidak melimpah ruah ke ladang gandum!





3) gambar kat atas ni menunjukkan yang acuan sudah dipenuhi dengan adunan. walaupun terdapat limpahan di luar acuan tu kita anggap ia sebagai kesilapan teknikal yang biasa dihadapi oleh pembuat2 kuih bahulu seperti ini -.-'





4) lepas tu kena tutup acuan tadi dan pastikan korang letak arang ke bara kayu api ke kat atas penutup kuih bahulu tadi. macam dalam gambar kat atas ni. *lecehkan?? huhuhu*





5) bila korang dah rasa kuih bahulu korang dah masak jadi korang boleh lah angkat penutup kuih bahulu tadi dan insyaAllah ia akan jadi macam kat gambar atas ni. walaupun ada hangus sikit kat kuih tu tapi kesedapan dia tak sama dengan korang buat guna oven ke mesin ke.. *ada ke guna mesin?? ada kut kalau dah orang buat secara komersial*





6) yang terakhir hidangkan lah ia sebelum di makan!! hehehe.. nampak tak betapa comey nya kuih bahulu buatan mak dengan mengikut teknik LAMA PUNYA!! betapa pakarnya mak walaupun guna cara manual tanpa oven yang dah tentu ada setting jam, api atas bawah. *tabik potato spring lah kat mak!!*


kesimpulannya, tiada yang lama tiadalah yang baru. tiada kuih bahulu tiadalah entri ini. ehh, macam tak ada kaitan je. okaylah,bye!


p/s - kalau kat semenanjung dapur kayu ni korang panggil apa erk?

Comments

huah .. tradisional betul lah sis :) .. makan bahulu panas dengan teh panas sedap nieh :)
kathy said…
tau xpe! heeeee~
Unknown said…
macam sedap jer aku tengo..yumm..
kathy said…
rahmad - memang sedap pun ^^,

arif - hehehe~
Nasrin Arisha said…
Terima kasih Kak Kathy Tuah kerana meletakkan gambar kuih bahulu yang dibakar dengan arang kayu. Minta izin, ya, untuk ambil gambarnya ^^.

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.